Posts

Showing posts from 2017

Puisi Tradisional: Gurindam 12 Fasal yang ke-3

Maksud Sajak Rangkap 1: Apabila seseorang itu berjaya menjaga mata dengan baik, maka tidak akan timbul pelbagai keinginan yang dapat merosakkannya. Rangkap 2: Apabila seseorang berjaya menjaga pendengarannya dengan baik, berita-berita yang tidak baik dapat dihindarinya. Rangkap 3: Apabila seseorang berjaya mengawal pertuturannya, banyak manfaatnya akan diperolehnya. Rangkap 4: Apabila seseorang berjaya mengawal anggota tangannya, perkara yang berat dan ringan akan dapat diselesaikannya. Rangkap 5: Sekiranya seseorang gagal mengawal nafsu makan, makan banyak perkara yang memudaratkan akan timbul. Rangkap 6: Perlunya kebijaksanaan mengawal nafsu syahwatnya supaya semangat mereka tidak mudah luntur. Rangkap

Puisi Tradisional: Syair Bidasari

Maksud Sajak Rangkap 1: Penyair mengajak pembaca untuk mendengar kisah seorang raja yang memerintah di Negeri Kembayat. Kisah itu ditulis oleh seorang fakir untuk dijadikan teladan dan dibuat perbandingan. Rangkap 2: Di Negeri Kembayat terdapat seorang raja yang masyur dan bijaksana. Baginda juga merupakan seorang raja yang elok pekerti dan melayani para pedagang yang datang mendalami pengajian dalam bidang agama Islam di negerinya itu dengan adil. Rangkap 3: Diceritakan juga bahawa raja tersebut sangat berkuasa pada masa itu. Baginda memerintah negara dalam suasana aman tanpa sedikit pun menghadapi kesusahan. Namun, mereka tidak dapat menjangkakan ketentuan yang akan berlaku pada masa yang mendatang. Rangkap 4: Raja yang bijaksana telah berkahwin dan beberapa bulan selepas itu, permaisuri baginda telah hamil.