Posts

Showing posts from 2019

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 67: Bencana Alam

SKOP Jenis-jenis Bencana Alam (a) Bencana alam semula jadi   -   Berlaku kesan daripada tindak balas semulla jadi bumi. Contohnya: letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia, Filipina, dan Jepun; ribut taufan yang sering melanda beberapa pulau di Filipina, dan gempa bumi yang berlaku di Indonesia, Los Angeles, Amerika Syarikat (b) Bencana alam yang bukan semula jadi   -   Berlaku kesan daripada perbutan manusia. Contohnya: tanah runtuh yang berlaku di kawasan lereng bukit, kemarau, dan banjir yang mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda Punca-punca Berlakunya Bencana Alam      -   Kesan pergerakan dan gangguan dalam bumi      -   Kegiatan manusia – meneroka hutan secara berleluasa – kepupusan hutan berlaku – menyebabkan bumi kekurangan kawasan tadahan hujan      -   Projek-projek pembangunan yang tidak tersusun dan tidak terancang menyebabkan berlakunya hakisan tanah      -   Aktiviti penggondolan bukit-bakau yang tidak terbatas untuk pembinaa

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 66: Isu Label

SKOP Kepentingan dan Fungsi Penggunaan Label      -   Memperkenalkan jenama sesuatu barangan kepada pengguna      -   Membantu pengguna mengetahui pelbagai maklumat tentang sesuatu barang yang dijual – contohnya, maklumat tentang kandungan barang, harga, berat, kesesuaian penggunaannya, dan sebagainya      -   Melindungi pengguna daripada membeli makanan yang tidak sesuai dengan kesihatan      -   Dapat memastikan bahawa barang yang dibeli sentiasa dalam keadaan baik – dengan meneliti tarikh luput pada label barang itu      -   Melindungi pengguna daripada membeli barangan yang sudah lapuk atau busuk      -   Memudahkan pemasaran barang-barang kerana pengguna-pengguna akan mengetahui pengeluar barangan tersebut      -   Memudahkan pengguna membuat pilihan sebelum membeli sesuatu barangan Keberkesanan Penggunaan Label      -   Keselamatan pengguna lebih terjamin – contohnya, barang-barang elektrik dicapkan logo SIRIM – untuk menunjukkan bahawa barangan tersebut

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

SKOP Keadaan Alam Sekitar pada Hari Ini      -   Tercemar dan semakin terancam oleh pelbagai kegiatan manusia      -   Cuaca bertambah panas dan berlakunya jerebu kesan daripada tipisnya lapisan ozon      -   Sungai-sungai dicemari, sisa-sisa pembuangan toksik dan sampah sarap      -   Hutan-hutan semula jadi dan hidupan liar musnah kesan daripada aktiviti pembalakan      -   Masalah hakisan tanah semakin meruncing kesan daripada projek pembangunan seperti pembinaan rumah dan padang golf      -   Udara makin tercemar berikutan asap kenderaan, asap kilang, dan penggunaan racun serangga yang berleluasa      -   Alam sekitar dikotori sampah sarap sebagai akibat pembuangan sampah yang tidak bersistem      -   Kesesakan, terutamanya di tempat-tempat awam, contohnya di perhentian bas, di pasar, di panggung wayang, di pusat beli-belah, di kilang, di jalan raya, dan sebagainya      -   Pencemaran bunyi – contohnya, bunyi bising yang berpunca daripada enjin kenderaan dan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 64: Isu Keselamatan Negara

SKOP Peranan Pasukan Keselamatan      -   Melindungi negara daripada ancaman musuh, sama ada musuh dari dalam atau luar negeri – contohnya ancaman komunis      -   Memberikan khidmat bakti (tanggungjawab sosial) kepada masyarakat dalam kerja-kerja kebajikan dan sebagainya      -   Membantu negara-negara lain yang memerlukan bantuan ketenteraan dalam menghadapi keadaan huru-hara dan sebagainya – contohnya: anggota tentera negara kita dihantar ke Kemboja, Somalia, dan Bosnia Herzeagovina (di bawah panji Bangsa-bangsa Bersatu) untuk membantu memulihkan keamanan di sana      -   Mencegah berlakunya pelbagai bentuk jenayah seperti kecurian, pembunuhan, penyeludupan, pencerobohan rakyat asing, dan sebagainya      -    Meleraikan rusuhan-rusuhan yang ditimbulkan oleh puak-puak tertentu      -   Mengumpulkan risikan keselamatan Keadaan Keselamatan Negara pada Hari Ini      -   Negara ini bebas daripada ancaman musuh luar – tidak pernah berada dalam keadaan yang membimba

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 63: Projek Pengindahan Kawasan

SKOP Tujuan dan Fungsi Mengindahkan Kawasan      -   Untuk menyerikan kawasan sekitar – misalnya dengan membina taman-taman mini dan ditanami pokok-pokok bunga atau tumbuh-tumbuhan      -   Untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar, khususnya di kalangan pelajar      -   Untuk mengawal dan memelihara tumbuh-tumbuhan semula jadi daripada pupus – pelbagai jenis tanaman dapat ditanam di sesuatu kawasan      -   Untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, mengutamakan kebersihan, dan sebagainya      -   Untuk menggalakkan masyarakat menggunakan kawasan tersebut sebagai tempat riadah dan tempat melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah      -   Dapat menenangkan fikiran dan beristirahat dalam suasana yang damai      -   Dapat menarik pelancong berkunjung ke negara kita – dapat memajukan industri pelancongan dan menaikkan imej negara Cara-cara Mengindahkan Kawasan      -   Memperbanyak dan menggiatkan kempen tentang pengindahan kawasan, contohnya kempen “Cint

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 62: Semangat Kejiranan

SKOP Pentingnya Semangat Kejiranan      -   Untuk mewujudkan kedamaian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat      -   Unutk menyesuaikan diri dalam masyarakat      -   Untuk mewujudkan perasaan saling mengenali, saling memahami, dan mengeratkan perhubungan melalui amalan ziarah-menziarahi dan sebagainya      -   Memupuk sikap saling membantu dalam menghadapi segala permasalahan dalam kehidupan – misalnya, membantu mengawasi rumah jiran ketika jiran tiada di rumah      -   Mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum      -   Dapat memahami agama dan kebudayaan jiran daripada kaum yang lain serta menghormati perbezaan agama dan kebudayaan tersebut Usaha-usaha Meningkatkan Semangat Kejiranan      -   Mengamalkan nilai-nilai kejiranan seperti mengutamakan kepentingan dan kebaikan bersama, mengamalkan nilai tolak ansur, hormat-menghormati, dan bantu-membantu      -   Menghormati jiran dan sering menziarahinya ketika jiran sakit atau ketika hari-hari

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 61: Alat Perhubungan/ Pengangkutan

SKOP Jenis-jenis Alat Pengangkutan Dahulu dan Sekarang      -   Pengangkutan darat – kereta lembu, kereta kuda, basikal, beca, kereta sorong, jip, trak, trailer, lori, bas, van, motosikal, motokar, kereta api, komuter      -   Pengangkutan air – perahu, sampan, kayak, tongkang, rakit, motobot, kapat, kapal selam, feri, dan hoverkraf      -   Pengangkutan udara – belon gas, helikopter, kapal terbang, dan roket Isu yang Berkaitan dengan Kenderaan Awam (a) Bas (termasuk bas ekspres dan bas mini)                                i.   Kuantitinya masih belum dapat menampung keperluan pengguna, khususnya yang bekerja di bandar                              ii.   Pemandu dan konduktornya kurang mengutamakan keselamatan dan keselesaan penumpang – memandu kenderaan dalam keadaan yang berbahaya                            iii.   Pemandu atau konduktornya tidak memiliki lesen memandu – tiada jaminan terhadap keselamatan penumpang                             iv.  Tidak menepa

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 60: Media Cetak

SKOP Jenis-jenis Media Cetak      (a)    Surat khabar – bahan bercetak yang biasanya melaporkan pelbagai berita atau hal-hal lain untuk pengetahuan pembaca. Contohnya: Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star, The New Straits Times, dan sebagainya      (b)   Majalah – surat berkala yang memuatkan bahan-bahan seperti makalah, tulisan, rencana, dan lain-lain yang diterbitkan pada waktu-waktu yang tertentu. Contohnya: majalah bergamabar –majalah yang sebahagian besarnya bermuat gambar-gamabar dan majalah ilmiah – majalah yang berisi makalah yang bersifat ilmiah      (c)    Jurnal – majalah biasa yang memuatkan bahan-bahan ilmiah saja. Contohnya: Jurnal Dewan Bahasa – berisi pelbagai maklumat khusus tentang bahasa      (d)   Poster – bahan yang berupa pelekat dan biasanya digunakan sebagai iklan, kempen, dan untuk memberikan penerangan tentang sesuatu perkara Pengaruh Media Cetak      (a)    Terhadap golongan pelajar a.      Menimbulkan minat pelajar untuk membaca b

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 59: Disiplin Pelajar

SKOP Tahap Disiplin Pelajar pada Hari Ini      (a)    Agak mendukacitakan dan membimbangkan – pada tahun 1990 sebanyak 3786 remaja dihadapkan ke Mahkamah Juvana kerana kesalahan menyamun, merompak, peras ugut, merogol, mengunjungi rumah urut, dan terlibat dalam kegiatan pelacuran      (b)   Disiplin pelajar di bandar lebih membimbangkan jika dibandingkan dengan disiplin pelajar di luar bandar – contohnya gejala pelajar yang ponteng sekolah serta budaya lepak lebih banyak berlaku di bandar – kajian awal tentang budaya lepak di kalangan belia Kuala Lumpur mendapati bahawa 44.9 peratus daripada mereka ialah golongan belia dalam lingkungan 15 hingga 18 tahun      (c)    Kemerosotan disiplin pelajar baik tidak hanya berlaku pada pelajar lelaki saja tetapi pada pelajar perempuan juga – contohnya masalah “bohsia” (istilah yang diberikan kepada gadis bawah umur yang gemar akan pergaulan bebas) Punca-punca yang Menimbulkan Masalah Disiplin      (a)    Ibu bapa hendaklah member

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 58: Penternakan Ikan Air Tawar/ Air Masin

SKOP Perkembangannya di Malaysia (a) Penternakan ikan air tawar                                i.   Kegiatan penternakan ikan air tawar kian bertambah, terutama di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia                              ii.   Dijalankan di kawasan bekas lombong serta di kawasan paya dan pinggir paya dengan membuat kolam                            iii.   Pelbagai jenis ikan air tawar diternak – contohnya jelawat, belida, patin, baung, lampam, kap, tilapia, dan sebagainya                             iv.   Kaedah penternakan yang moden digunakan – contohnya sangkar-sangkar khas dibina, benih-benih ikan yang baik dihasilkan dan diternak, aspek pemakanannya dikawal, dan sebagainya                              v.   Usaha pembangunan dan penyelidikan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau Pinang dan Pusat Perikanan Air Tawar, di Jitra, Kedah – turut dibantu oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)                            vi.