Posts

Showing posts from April, 2019

Rencana tentang Punca-punca dan Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pencemaran Alam Sekitar

Punca-punca dan langkah-langkah mengatasi masalah pencemaran alam sekitar Oleh: Edwin Tan           Dalam pasca globalisasi ini, negara kita semakin menghampiri ambang 2025 sebagai negara maju dalam perindustrian akan menjadi realiti atau hanya fantasi. Dengan mencapai matlamat ini, warganegara kita menjayakan dan mereleasasikan keunggulan dalam pelbagai sektor supaya kita dapat bertanding di persada antarabangsa. Walaupun sektor perindustrian semakin berkembang, tetapi di sebaliknya, terdapat banyak isu yang menyebabkan pencemaran alam sekitar. Isu pencemaran alam sekitar telah menjadi liputan utama akhbar masa kini dan ianya semakin serius. Terdapat banyak punca kepada perkara ini disebabkan pembangunan yang tidak terkawal dan pertambahan penduduk yang tinggi terutama di bandar besar, serta sumber-sumber yang diperlukan untuk meningkatkan hasil pengeluaran.           Pencemaran alam sekitar boleh dibincangkan dengan membahagikan kepada tiga aspek, iaitu pencemaran udar

Syarahan tentang Pengambilan Makanan Segera dalam Kadar yang Berlebihan boleh Membahayakan Kesihatan Anak-anak

           Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Puan Pengetua Puan Cheong Moey Lian, penolong-penolong pengetua, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera dan salam perpaduan. Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Pengambilan makanan segera dalam kadar yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan anak-anak’. Sidang dewan yang disanjungi,           Makanan segera ialah ungkapan yang merujuk kepada makan yang dapat disiap dan dihidangkan dengan pantas. Selain itu, makan segera berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang selesa. Lazimnya, makanan segera dikhususkan untuk makan yang disaji di dalam restoran atau kedai menggunakan ramuan yang sudah dimasak ataupun dipanaskan terdahulu dan dihidang kepada pelanggan dalam bentuk berbungkus ataupun untuk dibawa pulang. Makanan jenis ini mula-mula menjadi popular di Amerika Syarikat dalam tahun 1950-an. Bilangan buah res

Usaha-usaha untuk Memupuk Sebuah Keluarga yang Bahagia

          Keluarga merupakan institusi yang amat penting dalam sesebuah masyarakat. Pengamalan kasih sayang dan prihatin sesama ahli mampu mewujudkan sebuah keluarga yang bahagia. Kasih sayang adalah suatu sikap saling menghormati dan mengasihi semua ciptaan Tuhan. Keluarga memainkan peranan dalam membentuk jati diri ahli keluarga. Namun begitu, setiap ahli keluarga perlu menanam nilai-nilai murni dalam diri bagi membentuk keluarga yang harmoni.           Sebagaimana yang kita sedia maklum bahawa ibu bapa memainkan peranan penting dalam institusi keluarga. Oleh itu, ibu bapa sebagai suri teladan kepada anak-anak. Ibu bapa yang menjadi suri teladan kepada anak-anak dapat memastikan anak-anak mempunyai sahsiah yang baik. Anak-anak yang masih kecil akan mencontohi perlakuan orang yang lebih dewasa. Sebagai contoh, ibu bapa melakukan perkara yang negatif, seperti merokok dan berjudi di hadapan mereka akan menyebabkan anak-anak mengikut perlakuan ibu bapa. Ibu bapa merupakan orang