Posts

Showing posts from May, 2019

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 31: Pasar Tani

SKOP Perkembangannya di Malaysia        -          Dianjurkan oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)        -          Tujuan diadakan Pasar Tani adalah untuk menyediakan tapak pasar dan peluang kepada para petani memasarkan hasil keluaran        -          Banyak terdapat di kawasan yang berhampiran dengan kawasan-kawasan perumahan        -          Tempat menjual berbagai-bagai hasil keluaran pertanian        -          Semakin berkembang        -          Memerlukan sokongan masyarakat Kebaikan dan Keburukannya      (a)  Kebaikan a.      Menyediakan tapak pasar dan peluang kepada petani menjual hasil keluaran b.     Memberikan kemudahan kepada petani untuk menjual hasil pertanian mereka tanpa melalui orang tengah yang biasanya mengambil kesempatan terhadap usaha petani c.      Meningkatkan pendapatan petani d.     Menggalakkan perniagaan di kalangan masyarakat e.      Memajukan sistem pemasaran hasil pertanian f.        Memudahkan pengg

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 30: Televisyen/ Video/ Filem

SKOP Pengaruhnya terhadap Masyarakat        -          Merupakan medium yang mempunyai pengaruh yang sangat besar terhadap masyarakat        -          Cerita-cerita yang bercorak kekeluargaan, yang memberikan ilmu pengetahuan, yang memaparkan berita dan ehwal semasa, rancangan kanak-kanak, dan rancangan agama banyak memberikan kebaikan kepada masyarakat        -          Cerita-cerita yang berunsur keganasan, seks, tahayul, dan sebagainya pula membawa keburukan        -          Kanak-kanak dan golongan remaja begitu mudah terpengaruh oleh cerita-cerita yang ditonton        -          Mereka akan terikut-ikut oleh sesuatu yang dilihat tanpa berfikir dan tanpa menyedari aspek negatifnya; contohnya meniru aksi, pakaian, atau cara kehidupan artis pujaan mereka, melakukan adegan-adegan ‘stunt’ yang berbahaya, dan lain-lain sebagainya        -          Secara tidak langsung pengaruh buruk ini akan menjejaskan moral atau akhlak golongan muda di negara kita – harapan tinggi

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 29: Majikan/ Pekerja

SKOP Tanggungjawab Majikan kepada Pekerja        -          Bersikap adil kepada pekerja tanpa mengira jatina, bangsa, dan agama        -          Menjaga kebajikan dan hal ehwal para pekerja        -          Menyediakan tempat kerja yang selamat, bersih, serta lengkap dengan kemudahan seperti surau, kantin, dan sebagainya        -          Membayar kadar upah, elaun, dan bonus yang setimpal dengan kerja dan tanggungjawab yang diberikan kepada pekerja        -          Menyediakan kemudahan rawatan percuma dan insurans kepada pekerja menyediakan latihan kemahiran yang secukupnya kepada para pekerja agar kerjaya mereka dapat berkembang Kualiti Kerja dan Produktiviti        -          Rendah atau tingginya produktiviti ditentukan oleh kualiti kerja        -          Kualiti kerja akan tercapai jika pekerja mempunyai kualiti yang tinggi; misalnya mempunyai kelayakan dan kemahiran yang tinggi, berdedikasi, bermoral tinggi, dan sebagainya        -          Kualiti k

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 28: Kesihatan

SKOP Kepentingan Kesihatan        -          Konsep kesihatan merangkum aspek fizikal, mental, sosial, emosi, dan rohani        -          Membentuk masyarakat yang sejahtera dan produktif        -          Mengekalkan kecergasan tubuh badan        -          Menyukarkan jangkitan kuman yang menyebabkan penyakit        -          Menjadikan otak lebih cerdas        -          Menjadikan hidup lebih selesa dan bahagia          -          Melancarkan tugasan harian yang dilakukan dan mencapai apa-apa matlamat yang dirancang Cara-cara Menjaga Kesihatan        -          Mengambil makanan yang seimbang dan berkhasiat        -          Melakukan senaman dan menjalankan aktiviti rekreasi        -          Mempunyai waktu rehat yang cukup        -          Melakukan pemeriksaan kesihatan        -          Menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan alam sekeliling        -          Tidak mengambil sesuatu yang dapat memudaratkan kesihatan secara berlebihan-l

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 27: Isu Kanak-kanak

SKOP Isu Kanak-kanak Terbiar      (a)  Faktor-faktor a.      Perpecahan keluarga – perceraian, kematian ibu atau bapa b.     Tekanan ekonomi c.      Ibu bapa atau penjaga terpengaruh oleh dadah dan arak d.     Kurang pengawasan daripada ibu bapa – ibu bapa terlalu sibuk mengejar kemewahan e.      Anak-anak dipelihara oleh orang lain f.        Kurangnya pendidikan agama      (b)  Kesan a.      Perkembangan mental kanak-kanak itu terjejas b.     Kanak-kanak itu tidak yakin kepada diri sendiri c.      Kanak-kanak itu mudah terpengaruh oleh gejala-gejala sosial d.     Kanak-kanak itu mempunyai kecenderungan untuk mengabaikan pelajaran e.      Dapat menyebabkan penganiayaan atau penderaan fizikal dan mental f.        Menjejaskan keharmonian masyarakat sekiranya kanak-kanak itu terlibat dalam kegiatan yang kurang sihat Penggunaan Tenaga Kerja di Kalangan Kanak-kanak        -          Berlaku terutamanya kepada golongan kanak-kanak yang berasal daripada k

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 26: Isu Warga Tua

SKOP Sikap Masyarakat Terhadap Warga Tua        -          Ada golongan masyarakat yang prihatin terhadap kebajikan warga tua        -          Ada juga golongan masyarakat yang bersikap sebaliknya        -          Ada kalangan masyarakat moden hari ini yang sanggup menghantar ibu bapa ke Rumah Orang-orang tua        -          Ibu bapa dianggap sebagai beban – mereka tidak menghiraukan nasihat dan teguran ibu bapa        -          Anak-anak tidak menghormati ibu bapa atau warga tua        -          Masyarakat sewajarnya memberikan perhatian kepada warga tua terutamanya kepada warga tua yang tidak bernasib baik Usaha-usaha Membantu Warga Tua        -          Memperbanyak Rumah Orang-orang Tua supaya nasib warga tua yang melarat dapat dibela        -          Melengkapkan Rumah Orang-orang Tua dengan pelbagai kemudahan seperti klinik, perpustakaan tempat rekreasi, dan lain-lain sebagainya        -          Mengadakan kegiatan-kegiatan amal untuk mengutip d

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 25: Hobi/ Kegiatan/ Masa Lapang

SKOP Jenis-jenis Hobi/ Kegiatan Masa Lapang        -          Kerja tangan seperti menjahit, menyulam, mengukir, dan sebagainya        -          Bersukan seperti bermain bola sepak, berenang, berjoging, dan sebagainya        -          Berbentuk pengetahuan seperti membaca, mengumpulkan setem, mengumpulkan lencana, dan sebagainya        -          Berbentuk hiburan seperti memancing, mendengar lagu, bernyanyi, menonton, dan sebagainya        -          Kegiatan lasak seperti mengembara, mendaki bukit atau gunung, dan sebagainya Fungsi dan Tujuan Bergiat dalam Sesuatu Hobi/ Kegiatan Masa Lapang        -          Memanfaatkan masa lapang dengan sesuatu yang berfaedah        -          Menenangkan dan melapangkan fikiran kerana melakukan sesuatu yang menyenangkan dan yang di luar lingkungan tugas seharian        -          Menggerakkan otot-otot dan secara tidak langsung menjadi suatu bentuk senaman ringan        -          Menimba ilmu pengetahuan dan pengalama