Syarahan tentang Pengambilan Makanan Segera dalam Kadar yang Berlebihan boleh Membahayakan Kesihatan Anak-anak


          Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan hakim yang arif lagi bijaksana, Puan Pengetua Puan Cheong Moey Lian, penolong-penolong pengetua, guru-guru dan rakan-rakan yang dihormati. Selamat sejahtera dan salam perpaduan. Berdirinya saya di sini pada pagi yang mulia ini untuk menyampaikan syarahan yang bertajuk ‘Pengambilan makanan segera dalam kadar yang berlebihan boleh membahayakan kesihatan anak-anak’.

Sidang dewan yang disanjungi,

          Makanan segera ialah ungkapan yang merujuk kepada makan yang dapat disiap dan dihidangkan dengan pantas. Selain itu, makan segera berkonsepkan perkhidmatan penyediaan makanan yang selesa. Lazimnya, makanan segera dikhususkan untuk makan yang disaji di dalam restoran atau kedai menggunakan ramuan yang sudah dimasak ataupun dipanaskan terdahulu dan dihidang kepada pelanggan dalam bentuk berbungkus ataupun untuk dibawa pulang. Makanan jenis ini mula-mula menjadi popular di Amerika Syarikat dalam tahun 1950-an. Bilangan buah restoran ini akan terus meningkat, hal ini dikatakan kerana kewujudan rangkaian francais makanan segera di Malaysia ibarat cendawan yang tumbuh selepas hujan. Makanan-makanan ini juga mudah didapati, enak rasanya dan harganya berpatutan. Oleh itu, makanan segera telah menjadi budaya pemakanan dan paling disukai oleh golongan muda, kanak-kanak di negara ini.

          Terdapat banyak restoran yang menjual makanan segera, seperti Kentucky Fried Chicken (KFC), McDonald’s, Pizza Hut, dan sebagainya. Namun dari segei kesihatan, makanan segera sebenarnya banyak mendatangkan implikasi negatif yang perlu diberi perhatian oleh masyarakat, terutamanya masalah obesiti. Masalah komplikasi kegemukan atau obesiti telah menjadi satu sindrom yang drastik baharu masyarakat kita yang berpunca daripada pengambilan berlebihan makanan segera yang mengandungi lemak dan gula yang tinggi. Kegemukan ialah risiko peningkatan kolesterol dalam darah. Jika fenomena ini tidak diberi perhatian akan menyebabkan penyakit jantung. Selain itu, kegemukan akan berbahaya terhadap anak yang masih kecil. Menurut kajian oleh pakar pemakanan menunjukkan bahawa makanan segera dapat merosakkan fungsi otak. Hal ini disebabkan otak manusia diganggu berfungsi secara biasa oleh kandungan lemak yang tinggi. Glukosa dalam badan sukar untuk dioksidasi untuk memberi tenaga menyebabkan anak-anak  menjadi tidak aktif dan sukar untuk melakukan aktiviti sukan kerana tenaga dan oksigen tidak cukup demi aktiviti metabolik yang rendah. Hal itu sebabnya, anak-anak yang menghadapi masalah obesiti terlalu gemuk. Sudah terang lagi bersuluh, kita haruslah berfikir secara rasional terhadap kesan obesiti yang akan datang. Tegasnya, keburukan pengambilan makanan segera berlebihan menjadi punca yang penting menyebabkan masalah kegemukan.

          Selain itu, makan makanan segera yang berlebihan akan merencatkan tumbesaran anak-anak. Orang yang biasa mestilah pemakanan makanan yang berkualiti dan kandungan zat makanan, iaitu nutrisi yang mencukupi dan seimbang. Makanan segera mudah membawa mudarat kerana tidak mempunyai nutrisi yang diperlukan untuk tumbesaran anak-anak. Sebagai contoh, makanan segera juga tidak mengandungi vitamin A yang amat diperlukan untuk membina sel-sel baharu, dan berfungsi untuk penjagaan mata dan kulit. Anak-anak memerlukan kadar nutrisi yang tinggi untuk tumbesaran sekiranya tidak akan menyusut tenaga mereka. Akibatnya, anak-anak akan mempunyai kelihatan yang lebih rendah dan kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebaya. Mereka akan menjadi malas dan tidak aktif dalam kehidupan mereka. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna, pengambilan makanan yang berkhasiat dari seimbang adalah penting untuk menjamin kesihatan tubuh badan yang berterusan. Realitinya, keburukan pengambilan makanan segera berlebihan juga menggangu tumbesaran anak.

Tuan-tuan dan puan-puan,

          Selain kurang mendapat nutrisi yang mencukupi, makanan segera menyebabkan sistem imuniti menjadi lemah. Hal ini dikatakan demikian kerana sistem imuniti membantu mengatasi dan mencegah penyakit serta membunuh bakteria dalam badan. Makanan segera yang tidak berkhasiat dapat melemahkan sistem imuniti. Kekurangan dalam sistem pertahanan badan akan terdedah kepada penyakit berbahaya. Umpamanya, demam panas, selesema, cirit-birit dan sebagainya. Kita dapat melihat mendalam, sistem imuniti yang lemah pula mendapat penyakit yang lebih berbahaya. Hal ini berkaitan dengan peranan sistem imuniti yang mengeluarkan antibodi bercenderung untuk meningkat dalam penyakit kronik seperti diabetes melitus, dan juga membawa maut terutamanya golongan kanak-kanak. Nasi sudah menjadi bubur, kita haruslah sentiasa berwaspada dan makan makanan yang sihat untuk menguatkan sistem imuniti badan kita. Tuntasnya, keburukan pengambilan makanan segera berlebihan akan melemahkan sistem imuniti tubuh.

          Kesan buruk pengambilan makanan segera yang berlebihan anak-anak juga menggangu emosi kanak-kanak. Makanan segera dapat mempengaruhi emosi dan hasil tindak balas bahan kimia dalam makanan segera. Ahli-ahli sains mendapati kajian ada kaitan antara makanan segera dengan perlakuan ganas. Makanan segera yang mengandungi lemak trans fats, sebuk perisa, monosodium glutamate yang tinggi menyebabkan ketidakseimbangan bahan kimia yang berbahaya berada di dalam badan. Penyelidikan menegaskan makanan yang manis tamsilnyba donat, kek, coklat akan menaikkan paras gula darah dalam badan. Kenaikkan paras gula darah akan mengakibatkan seseorang itu mudah letih dan mudah marah. Justeru, makanan segera berbahaya kepada kanak-kanak dan menyebabkan mereka mempunyai emosi yang tidak stabil. Mencegah lebih baik daripada mengubati, pengambilan makanan segera hendaklah dikurangkan untuk mengawal emosi dengan baik dan rasional. Ringkasnya, keburukan pengambilan makanan segera berlebihan menyebabkan emosi kanak-kanak menjadi tidak stabil.

          Akhirnya, implikasi yang dibawa oleh makanan segera ialah telah mengubah gaya hidup golongan muda. Kebanyakan restoran berasal dari negara Barat, dan menghidangkan resepi makanan yang memaparkan budaya Barat. Nilai ketimuran dalam diri kanak-kanak dan golongan muda telah hilang. Kanak-kanak akan menganggap makanan dari Barat lebih berkhasiat daripada makanan di Timur. Mereka terpengaruh dalam gaya hidup Barat yang memakan makanan segera menunjukkan status sebagai orang berada moden kerana mereka berpendapat orang yang tidak pernah makan makanan segera menunjukkan status sebagai orang dianggap ketinggalan miskin. Selain itu, makanan segera mudah ditemui dan sering menjadi pilihan utama masyarakat. Makanan tempatan akan dipinggirkan dan tidak menjadi pilihan utama oleh masyarakat. Makanan tradisional tidak berselera dan tidak minat terutama kanak-kanak. Antara kaca dengan permata, golongan muda kini haruslah mempunyai gaya hidup yang sihat dari segi pemakanan. Oleh itu, keburukan pengambilan makanan segera berlebihan termasuklah gaya hidup anak-anak berubah.

Hadirin yang saya hormati,

          Dalam kesimpulannya, kewujudan makanan segera di Malaysia mempunyai kesan negatifnya. Kesedaran tentang pengambilan makanan segera yang berlebihan sebenarnya memudaratkan kesihatan. Jangan ikut nafsu, kata orang ikut binasa, ikut hati mati. Jangan terlalu mengambil jalan mudah dalam soal pemakanan anak-anak dan haruslah memberi kesan buruk kepada mereka. Pilihan di tangan pembeli, semoga masalah ini dititikberatkan oleh ibu bapa dan tidak berlarutan pada masa hadapan. Tepuk dada, tanya selera, makanan segera indah khabar dari lupa. Sebelum saya mengakhiri syarahan ini, terimalah serangkap pantun:

          Kalau ada jarum yang patah,
                   Jangan disimpan di dalam peti;
          Kalau ada sikap dan salah,
                   Jangan disimpan di dalam hati.

Sekian, terima kasih.


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini