Posts

Showing posts with the label ULBS SPM

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 70: Buah-Buahan Setempat

SKOP Kebaikan dan Kelebihan Buah-buahan Setempat      -   Banyak mempunyai khasiat dan sedap rasanya – diakui oleh pelancong luar negeri yang mencubanya, Contohnya: tembikai dan jambu batu bukan saja enak dimakan tetapi juga mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi      -   Mudah ditanam dan dijaga – sesuai dengan keadaan iklim negara kita – pokok betik, pokok pisang, dan pokok jambu misalnya, dapat ditanam di kawasan rumah – tidak memerlukan kawasan yang lapang      -   Mudah diperoleh di mana-mana sepangjang masa – ada yang bermusim dan ada yang tidak bermusim      -   Lebih murah harganya jika dibandingkan dengan buah-buahan yang diimport      -   Sesuai ditanam secara komersial untuk dieksport – dapat meningkatkan pendapatan negara. Misalnya, jumlah eksport buah-buahan segar dan yang diproses meningkat daripada RM 136.6 juta pada tahun 1985 kepada RM 282.5 juta pada t...

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 69: Kemudahan Awam

SKOP Jenis-Jenis Kemudahan Awam di Malaysia (a) Definisinya        - sesuatu yang disediakan oleh kerajaan atau pihak-pihak lain untuk kemudahan orang ramai tanpa memberikan keistimewaan kepada sesuatu golongan saja (b) Jenis-jenisnya                             i.    Taman bunga atau taman rekreasi – untuk orang ramai beristirahat atua beriadah                           ii.   Pondok telefon – terdapat di serata tempat, khususnya di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di tepi jalan raya, di kawasan perumahan, di pusat beli-belah, dan sebagainya                         iii.    Pondok untuk menunggu bas – disediakan dengan banyaknya oleh pihak kerajaan, pihak swasta, atau individu tertentu         ...

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 68: Seni Pertahanan Diri

SKOP Jenis-jenis Seni Pertahanan Diri (a) Definisinya            -    merupakan kemahiran atau kepandaian dalam hal mempertahankan diri dan menjaga diri daripada serangan musuh (b) Jenis-jenisnya                             i.    Terdapat pelbagai jenis seni pertahanan diri yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum                           ii.    Orang Melayu terkenal dengan pelbagai jenis silat seperti silat cekak, silat gayung, silat pulut, dan sebagainya                         iii.    Orang Cina terkenal dengan wusyu, tai chi, taekwando, karate, dan judo                          iv.    Orang India terkenal de...

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 67: Bencana Alam

SKOP Jenis-jenis Bencana Alam (a) Bencana alam semula jadi   -   Berlaku kesan daripada tindak balas semulla jadi bumi. Contohnya: letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia, Filipina, dan Jepun; ribut taufan yang sering melanda beberapa pulau di Filipina, dan gempa bumi yang berlaku di Indonesia, Los Angeles, Amerika Syarikat (b) Bencana alam yang bukan semula jadi   -   Berlaku kesan daripada perbutan manusia. Contohnya: tanah runtuh yang berlaku di kawasan lereng bukit, kemarau, dan banjir yang mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda Punca-punca Berlakunya Bencana Alam      -   Kesan pergerakan dan gangguan dalam bumi      -   Kegiatan manusia – meneroka hutan secara berleluasa – kepupusan hutan berlaku – menyebabkan bumi kekurangan kawasan tadahan hujan      -   Projek-projek pembangunan yang tidak tersusun dan tidak terancang menyebabkan berlakunya hakisan tanah ...

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 66: Isu Label

SKOP Kepentingan dan Fungsi Penggunaan Label      -   Memperkenalkan jenama sesuatu barangan kepada pengguna      -   Membantu pengguna mengetahui pelbagai maklumat tentang sesuatu barang yang dijual – contohnya, maklumat tentang kandungan barang, harga, berat, kesesuaian penggunaannya, dan sebagainya      -   Melindungi pengguna daripada membeli makanan yang tidak sesuai dengan kesihatan      -   Dapat memastikan bahawa barang yang dibeli sentiasa dalam keadaan baik – dengan meneliti tarikh luput pada label barang itu      -   Melindungi pengguna daripada membeli barangan yang sudah lapuk atau busuk      -   Memudahkan pemasaran barang-barang kerana pengguna-pengguna akan mengetahui pengeluar barangan tersebut      -   Memudahkan pengguna membuat pilihan sebelum membeli sesuatu barangan Keberkesanan Penggunaan Label  ...

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

SKOP Keadaan Alam Sekitar pada Hari Ini      -   Tercemar dan semakin terancam oleh pelbagai kegiatan manusia      -   Cuaca bertambah panas dan berlakunya jerebu kesan daripada tipisnya lapisan ozon      -   Sungai-sungai dicemari, sisa-sisa pembuangan toksik dan sampah sarap      -   Hutan-hutan semula jadi dan hidupan liar musnah kesan daripada aktiviti pembalakan      -   Masalah hakisan tanah semakin meruncing kesan daripada projek pembangunan seperti pembinaan rumah dan padang golf      -   Udara makin tercemar berikutan asap kenderaan, asap kilang, dan penggunaan racun serangga yang berleluasa      -   Alam sekitar dikotori sampah sarap sebagai akibat pembuangan sampah yang tidak bersistem      -   Kesesakan, terutamanya di tempat-tempat awam, contohnya di perhentian bas, di pasar, di panggung wayang,...

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 64: Isu Keselamatan Negara

SKOP Peranan Pasukan Keselamatan      -   Melindungi negara daripada ancaman musuh, sama ada musuh dari dalam atau luar negeri – contohnya ancaman komunis      -   Memberikan khidmat bakti (tanggungjawab sosial) kepada masyarakat dalam kerja-kerja kebajikan dan sebagainya      -   Membantu negara-negara lain yang memerlukan bantuan ketenteraan dalam menghadapi keadaan huru-hara dan sebagainya – contohnya: anggota tentera negara kita dihantar ke Kemboja, Somalia, dan Bosnia Herzeagovina (di bawah panji Bangsa-bangsa Bersatu) untuk membantu memulihkan keamanan di sana      -   Mencegah berlakunya pelbagai bentuk jenayah seperti kecurian, pembunuhan, penyeludupan, pencerobohan rakyat asing, dan sebagainya      -    Meleraikan rusuhan-rusuhan yang ditimbulkan oleh puak-puak tertentu      -   Mengumpulkan risikan keselamatan Keadaan Keselamatan Ne...

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 63: Projek Pengindahan Kawasan

SKOP Tujuan dan Fungsi Mengindahkan Kawasan      -   Untuk menyerikan kawasan sekitar – misalnya dengan membina taman-taman mini dan ditanami pokok-pokok bunga atau tumbuh-tumbuhan      -   Untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar, khususnya di kalangan pelajar      -   Untuk mengawal dan memelihara tumbuh-tumbuhan semula jadi daripada pupus – pelbagai jenis tanaman dapat ditanam di sesuatu kawasan      -   Untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin, mengutamakan kebersihan, dan sebagainya      -   Untuk menggalakkan masyarakat menggunakan kawasan tersebut sebagai tempat riadah dan tempat melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah      -   Dapat menenangkan fikiran dan beristirahat dalam suasana yang damai      -   Dapat menarik pelancong berkunjung ke negara kita – dapat memajukan industri pelancongan dan menaikkan imej n...

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 62: Semangat Kejiranan

SKOP Pentingnya Semangat Kejiranan      -   Untuk mewujudkan kedamaian dan kesejahteraan hidup bermasyarakat      -   Unutk menyesuaikan diri dalam masyarakat      -   Untuk mewujudkan perasaan saling mengenali, saling memahami, dan mengeratkan perhubungan melalui amalan ziarah-menziarahi dan sebagainya      -   Memupuk sikap saling membantu dalam menghadapi segala permasalahan dalam kehidupan – misalnya, membantu mengawasi rumah jiran ketika jiran tiada di rumah      -   Mengukuhkan perpaduan di kalangan masyarakat pelbagai kaum      -   Dapat memahami agama dan kebudayaan jiran daripada kaum yang lain serta menghormati perbezaan agama dan kebudayaan tersebut Usaha-usaha Meningkatkan Semangat Kejiranan      -   Mengamalkan nilai-nilai kejiranan seperti mengutamakan kepentingan dan kebaikan bersama, mengamalkan nilai tolak an...