Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 67: Bencana Alam
SKOP
Jenis-jenis Bencana Alam
(a) Bencana alam semula jadi
(b) Bencana alam yang bukan semula jadi
Punca-punca Berlakunya Bencana Alam
- Kesan pergerakan dan gangguan dalam bumi
- Kegiatan manusia – meneroka hutan secara berleluasa –
kepupusan hutan berlaku – menyebabkan bumi kekurangan kawasan tadahan hujan
- Projek-projek pembangunan yang tidak tersusun dan tidak
terancang menyebabkan berlakunya hakisan tanah
- Aktiviti penggondolan bukit-bakau yang tidak terbatas
untuk pembinaan jalan raya dan lebuh raya
- Sungai, tasik, dan laut ditambak untuk dijadikan kawasan
perumahan, perkilangan, dan sebaagainya
- Lapisan ozon menipis kesan daripada pencemaran –
menyebabkan perubahan pada iklim di bumi – bumi menjadi panas
- Gangguan terhadap sistem ekologi bumi
- Pembuangan sampah sarap yang tidak bersistem – menyebabkan
saluran air tersumbat
- Pembalasan Tuhan terhadap pelbagai kemungkaran yang
dilakukan oleh manusia di bumi ini
Usaha-usaha Menghadapi Bencana Alam
- Pihak media massa harus menyebarkan maklumat segera
tentang kemungkinan berlakunya sesuatu bencana alam – memudahkan penduduk
bersiap sedia menghadapi keadaan tersebut
- Memberikan pengetahuan kepada penduduk tentang cara-cara
untuk menghadapi bencana alam – contohnya, menyuruh mereka berpindah ke kawasan
yang lebih selamat
- Pihak berkuasa harus memastikan bahawa kegiatan
pembalakan dan penerokaan hutan untuk tujuan pembangunan tidak menimbulkan
kesan buruk terhadap alam sekitar – bencana alam seperti banjir dan tanah
runtuh dapat dielakkan daripada berlaku
- Memastikan bahawa bekalan makanan utama seperti beras,
tepung, dan sebagainya cukup untuk menampung keperluan penduduk jika sesuatu
bencana alam berlaku
Comments
Post a Comment