Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 51: Persatuan
SKOP
Jenis-jenis dan
Peranannya
(a) Persatuan sosial
i. persatuan atau kelab di sekolah serta di pusat-pusat
pengajian tinggi, misalnya Persatuan Bulan Sabit Merah, Pergerakan Pengakap,
Pergerakan Pandu Puteri, Kelab Kerjaya, Kelab Kaunseling, Persatuan Mahasiswa
Universiti, dan sebagainya – berperanan dan menyediakan kegiatan yang berfaedah
kepada para pelajar
ii. persatuan atau kelab yang ditubuhkan oleh penduduk
setempat, misalnya Persatuan Belia, Persatuan Penduduk, Kelab Lion, Kelab
Rotari, dan sebagainya – berperanan menjaga kebajikan dan kepentingaan para
penduduk
iii. persatuan atau kelab kebajikan yang ditubuhkan oleh
pekerja-pekerja di sektor awam dan di sekitar swasta – berperanan menjaga
kebajikan dan kepentingan para pekerja
i.
(b) Persatuan ekonomi
- beberapa contohnya
ialah Persatuan Pengguna, Persatuan Penjaja, Persatuan Penerbit Buku Malaysia,
dan sebagainya – berperanan menjaga dan melindungi keentingan anggota-anggota
yang diwakilinya
(c) Fungsi dan
tanggungjawab persatuan
i. memberikan pengetahuan kepada anggota-anggotanya dalam
bidang-bidang yang berkaitan
ii. merancang kegiatan-kegiatan yang berfaedah untuk
anggota-anggotanya – mengelakkan mereka daripada membuang masa dengan sia-sia –
bersama memberantas gejala sosial
iii. memupuk perasaan muhibah dan hormat-menghormati di
kalangan anggotanya
iv. membimbing dan melatih anggota-anggotanya agar lebih
aktif dan berani memberikan pandangan atau buah fikiran
v. memupuk bakat kepemimpinan yang ada di kalangan anggota
dan melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab
vi. melahirkan individu yang sentiasa bersedia untuk berbakti
kepada masyarakat
vii. mendidik individu tentang disiplin agar menjadi anggota
masyarakat yang berguna
Sambutan Masyarakat
Terhadap Gerakan Persatuan
- para pelajar, baik di sekolah mahupun di pusat-pusat
pengajian tinggi memberikan sambutan yang amat menggalakkan
- kalangan pekerja pula memberikan sambutan yang baik
kepada persatuan yang dapat melindungi kepentingan dan kebajikan mereka
- di kalangan anggota masyarakat, sambutannya agak
sederhana, khususnya terhadap persatuan-persatuan sukarela seperti Persatuan
Penduduk – kebanyakannya sibuk dengan urusan sehari-hari
- ada pula di kalangan anggota-anggota masyarakat yang
menganggotai sesuatu persatuan secara tidak ikhlas – mengharapkan ganjaran dan
kedudukan, bertujuan meningkatkan imej mereka
Comments
Post a Comment