Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 42: Isu Perundangan



SKOP
Peranan dan Fungsi Undang-undang
     (a) Mempertahankan Perlembagaan
     (b) Memelihara hak warga negara
     (c) Mengawal atau mengimbangi kuasa kerajaan
     (d) Menegakkan dan menjamin keadilan
     (e) Membentuk individu serta masyarakat yang berdisiplin dan bertanggungjawab
     (f) Memungkinkan kehidupan menjadi lebih teratur
     (g) Memelihara keamanan dan ketenteraman awam
     (h) Mencegah berlakunya keadaan huru-hara
     (i) Memastikan segala usaha dan projek kerajaan untuk membangunkan negara berjalan lancar

Keberkesanan Undang-undang
     (a) Undang-undang negara berkesan kerana tidak terpengaruh oleh sebarang tekanan luar
     (b) Penguatkuasaan undang-undang dilaksanakan dengan sistematik – melibatkan pelbagai institusi seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Biro Narkotik Negara, serta Jabatan Kastam dan Eksais
     (c) Institusi yang menguatkuasakan undang-undang bertindak dengan tegas dan cekap – pelbagai dakwaan dan tangkapan dibuat – hal ini menjamin keberkesanan undang-undang
     (d) Sistem pengadilan pun dibentuk dengan teratur untuk menjamin keberkesanan undang-undang – menubuhkan Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rendah, Mahkamah Sesyen, Mahkamah Majistret, dan sebagainya
     (e) Kebebasan sistem kehakiman sudah terbukti – mereka yang melakukan kesalahan tanpa mengira keturunan, pangkat, dan kedudukan pernah didakwa dan dijatuhi hukuman

Jenayah di Negara Kita
     (a) Jenayah perdagangan
a.     Berlaku di bidang perdagangan dan kewangan
b.    Biasanya melibatkan penipuan kepada pelanggan atau penyelewengan akaun, pecah amanah, dan lain-lain
c.     Keadaannya di negara kita agak serius – contohnya skandal BMF, penipuan di syarikat broker saham, Skim Cepat Kaya, dan sebagainya
     (b) Jenayah Sosial
a.     Melibatkan semua golongan masyarakat dan biasanya menyebabkan kecederaan dan kematian
b.    Contohnya: pembunuhan, rompakan, peras ugut, perogolan, pelacuran, dan sebagainya
c.     Keadaannya di Malaysia semakin serius
     (c) Jenayah juvana
a.     Dilakukan oleh golongan remaja yang masih di bawah umur 18 tahun
b.    Antara kesalahannya termasuklah mencuri, memeras ugut, merosakkan harta benda awam, dan sebagainya

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 44: Pertanian Moden