Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 50: Projek Pembangunan
SKOP
Tujuan Diadakan Projek
Pembangunan
- sebagai suatu usaha kerajaan untuk memajukan negara
setanding dengan kemajuan yang dicapau oleh negara-negara maju. Melalui
industri pelancongan misalnya, banyak hotel bertaraf antarabangsa yang dibina
dan kawasan desa pula dimajukan – negara akan memperoleh pendapatan daripada
pertukaran mata wang asing
- untuk memungkinkan rakyat berpeluang meningkatkan taraf
sosioekonomi mereka – misalnya peluang pekerjaan dan pendidikan
- untuk mewujudkan pelbagai prasarana kepada rakyat –
misalnya projek lebuh raya, empangan hidro elektrik, dan sebagainya
- untuk mencapai hasrat kerajaan dalam melaksanakan Dasar
Ekonomi Baru – contohnya kerajaan memberikan peluang kepada kaum bumiputera
untuk melaksanakan projek pembangunan
- untuk menarik pelabur-pelabur asing melabur di sini –
membangunkan industri pelancongan dan industri desa
Kebaikan dan Keburukan
Projek Pembangunan
(a) Kebaikan
i.
Mewujudkan peluang pekerjaan – mengurangkan masalah
pengangguran
ii.
Mewujudkan peluang pendidikan yang lebih luas
iii.
Memperkembang minda masyarakat desa selaras dengan arus
pembangunan
iv.
Merapatkan jurang perbezaan taraf hidup antara masyarakat
desa dengan masyarakat kota
v.
Meningkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara
vi.
Mewujudkan sistem peerhubungan yang lebih baik melalui
pembinaan lebuh raya
(b) Keburukan
i.
Menyebabkan musnahnya kawasan hutan simpan – alam sekitar
tercemar, hidupan liar terancam, dan sistem ekologi terganggu
ii.
Menyebabkan lenyapnya keindahan alam semula jadi di desa
dan kawasan pedalaman – suasana alam tidak tenang dan damai lagi
iii.
Memudahan berlakunya masalah sosial – masyarakat lebih
bersifat individualistik dan materialistik
iv.
Kos hidup akan meningkat – membebankan rakyat
v.
Menyebabkan berlakunya jurang perbezaan pendapat antara
golongan muda dengan golongan tua sebagai akibat perkembangan minda
vi.
Menggalakkan kemasukan buruh-buruh asing untuk mencari
rezeki di sini – menimbulkan pelbagai masalah seperti persaingan dalam kegiatan
ekonomi dan masalah sosial
vii.
Menyebabkan penduduk desa kehilangan tempat tinggal yang
diwarisi nenek moyang
Jenis-jenis Projek
Pembangunan
(a) Pembangunan prasarana atau infrastruktur
-
Menyediakan kemudahan untuk keperluan rakyat – contohnya
empangan elektrik hidro (penyediaan bekalan elektrik) dan perhubungan (lebuh
raya)
(b) Pembangunan industri
i.
Industri pelancongan – membangunkan tempat-tempat yang
dapat menjadi tumpuan pelancong serta memelihara dan mengekalkan keindahan alam
semula jadi
ii.
Industri ringan – industri yang mengeluarkan bahan-bahan
asas pengguna seperti makanan, minuman, dan pakaian
iii.
Industri desa – industri yang menggunakan bahan semula
jadi dan bahan terbuang seperti buluh, rotan, tempurung, mengkuang, pandan,
kulit siput, dan sebagainya untuk menghasilkan barang kraf tangan
iv.
Industri berat – industri yang mengeluarkan besi, keluli,
kereta, dan sebagainya
(c) Pembangunan pertanian/ perladangan
i.
Mengeluarkan bahan-bahan mentah
ii.
Menjalankan penyelidikan dan pengkajian bagi menghasilkan
benih-benih pokok atau baka-baka haiwan yang baik
iii.
Mencipta alat yang berteknologi canggih seperti traktor
dan alat penoreh getah menggunakan kuasa bateri
Comments
Post a Comment