Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 54: Sejarah
SKOP
Tempat-tempat Bersejarah
(a) Maksudnya
- Tempat-tempat yang ada kaitannya dengan sesuatu peristiwa
yang benar-benar berlaku pada masa lampau
- Terdapat bangunan atau kesan binaan lama
(b) antara tempat-tempat bersejarah di negara kita termasuklah:
i. Di Melaka – Kota A Famosa, Bangunan Stadhuys, Gereja St.
Paul di Bukit St. Paul, Perigi Hang Li Po di Bukit Cina, Masjid Tengkera,
Tokong Cheng Hoon Teng, Portuguese Square
ii. Di Selangor – Kota Melawati di Kuala Selangor
iii. Di Negeri Sembilan – Istana Seri Menanti dan Kota Lukut
iv. Di Kedah – Kota Kuala Kedah, Candi Sungai Batu Pahat di
Lembah Bujang, Makam Mahsuri di Pulau Langkawi
v. Di Pulau Pinang – Fort Cornwallis
vi. Di Perak – Istana Kenangan di Kuala Kangsar, Istana
Kellie di Batu Gajah, Kota Belanda di Teluk Gedung
vii. Di Kuala Lumpur – Bangunan Sultan Abdul Samad, Masjid
Jamek, Stesen Ketera Api Kuala Lumpur
viii. Di Sarawak – Kota Margherita, Istana Gua Niah
ix. Di Johor – Kota Batu di Johor Lama, Istana Besar,
Bangunan Sultan Ibrahim, Makam Sultan Alauddin Riayat Shah di Pagoh
x. Di Sabah – tugu peringatan Mat Salleh di Tambunan
Pemuliharaan Tempat-tempat Bersejarah
(a) Sebab-sebab perlunya permuliharaan
i. Mempunyai nilai-nilai sejarah yang tinggi yang tidak mungkin
dapat diperoleh lagi jika tempat-tempat tersebut dimusnahkan
ii. Untuk mengenang pelbagai peristiwa bersejarah yang ada
kaitannya dengan tempat-tempat tersebut
iii. Untuk meyakinkan generasi baru bahawa peristiwa sejarah
yang dibaca daripada pelbagai bahan bacaan adalah peristiwa yang benar-benar
wujud
iv. Untuk menunjukkan bahawa negara kita mempunyai sejarahnya
yang tersendiri kepada generasi baru atau kepada pelancong
v. Untuk mengekalkan kesenian dan reka bentuk tradisional
sebagai warisan budaya negara kepada generasi seterusnya
vi. Untuk menarik perhatian pelancong dari luar negeri
berkunjung ke negara ini – dapat memajukan industri pelancongan – pendapatan negara
dapat ditingkatkan
(b) Cara-caranya
i. Menjaga tempat-tempat tersebut dari segi kebersihan dan
keselamatannya
ii. Membaiki dan mengekalkan reka bentuk bangunan di
tempat-tempat bersejarah itu mengikut reka bentuk asal
iii. Jika terdapat bangunan yang tidak dapat dibaiki,
pengubahsuaian kepada reka bentuk moden yang lebih menarik dapat dilakukan
iv. Memperindah kawasan sekitar tempat tersebut serta
menyediakan kemudahan-kemudahan tertentu seperti tempat rehat, taman mini, dan
sebagainya agar para pengunjung tertarik untuk pergi ke sana
Permasalahan dalam Mengekalkan Tempat-tempat Bersejarah
- Kos yang tinggi diperlukan untuk tujuan pembaikan
bangunan, pengubahsuaian, pengindahan, pengendalian, pengawasan, dan sebagainya
- Kebanyakan bangunan atau binaan bersejarah di
tempat-tempat tersebut terlalu tua usianya – pengekalan bentuk asalnya sukar
dilakukan
- Masih terdapat golongan masyarakat yang tidak menghargai
tempat-tempat bersejarah tidak menguntungkan
- Sesetengah tempat bersejarah terletak di kawasan yang
agak terpencil dan tidak dilengkapi pelbagai kemudahan – kurang diminati oleh
pengunjung
Comments
Post a Comment