Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 41: Perladangan


SKOP
Isu Tenaga Kerja di Bidang Perladangan
     (a) Menghadapi masalah kekurangan tenaga kerja, terutamanya mulai dekad 1980-an
     (b) Tenaga pekerja berpindah ke sektor perkilangan yang berkembang pesat dan menawarkan pendapatan yang lebih lumayan
     (c) Pengusaha ladang dibenarkan mengambil tenaga kerja asing demi menampung kekurangan tenaga pekerja
     (d) Kemasukan pekerja asing tanpa permit telah disahkan supaya mereka dapat bekerja di ladang
     (e) Pekerja asing kini memberikan sumbangan yang besar kepada sektor perladangan

Perkembangan dan Sumbangan kepada Negara
     (a) Membekalkan sumber pendapatan kepada negara melalui cukai yang dikenakan terhadap pengusaha ladang
     (b) Menyebabkan kawasan sekitarnya bertambah maju – contohnya tempat yang dahulunya terpencil akhirnya menjadi bandar baru dan menerima pelbagai kemudahan apabila wujudnya ladang di kawasan tersebut
     (c) Kegiatan perladangan dapat dipelbagaikan – dahulu usaha tertumpu pada penanaman getah, nanas, dan kelapa – kini ladang-ladang kelapa sawit, koko, buah-buahan, tebu, dan sebagainya semakin giat diusahakan
     (d) Peluang pekerjaan dalam bidang-bidang yang menuntut kemahiran yang tinggi di sektor perladangan dapat diisi oleh penduduk setempat
     (e) Syarikat-syarikat yang menjalankan kegiatan perladangan turut mendirikan sekolah, klinik, kemudahan rekreasi, dan kemudahan-kemudahan yang lain untuk para pekerjanya dan dapat dinikmati juga oleh penduduk setempat

Usaha Memajukan Sektor Perladangan
     (a) Menubuhkan pelbagai agensi untuk memberikan bantuan kepada sektor perladangan
     (b) Mengesyorkan perubahan dalam cara pengurusan ladang daripada intensif buruh kepada intensif modal
     (c)Menggalakkan penggunaan teknologi moden dalam sektor perladangan
     (d) Mempergiat usaha-usaha Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) bagi meningkatkan penghasilan dan kualiti hasil-hasil perladangan
     (e) Memperbaiki, memodenkan, dan menambah prasarana untuk kemudahan sektor perladangan
     (f) Mengurangkan kadar cukai pada syarikat-syarikat yang baru mengusahakan kegiatan perladangan
     (g) Meneroka pasaran baru selain memantapkan kedudukan pasaran yang sedia ada melalui misi-misi perdagangan ke luar negeri
     (h) Menggalakkan pelaburan dalam sektor perladangan, baik oleh pelabur asing mahupun pelabur setempat

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 44: Pertanian Moden