Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 63: Projek Pengindahan Kawasan
SKOP
Tujuan dan Fungsi Mengindahkan Kawasan
Tujuan dan Fungsi Mengindahkan Kawasan
- Untuk menyerikan kawasan sekitar – misalnya dengan
membina taman-taman mini dan ditanami pokok-pokok bunga atau tumbuh-tumbuhan
- Untuk memupuk semangat cinta akan alam sekitar, khususnya
di kalangan pelajar
- Untuk mengawal dan memelihara tumbuh-tumbuhan semula jadi
daripada pupus – pelbagai jenis tanaman dapat ditanam di sesuatu kawasan
- Untuk melahirkan masyarakat yang berdisiplin,
mengutamakan kebersihan, dan sebagainya
- Untuk menggalakkan masyarakat menggunakan kawasan
tersebut sebagai tempat riadah dan tempat melakukan aktiviti-aktiviti yang
berfaedah
- Dapat menenangkan fikiran dan beristirahat dalam suasana
yang damai
- Dapat menarik pelancong berkunjung ke negara kita – dapat
memajukan industri pelancongan dan menaikkan imej negara
Cara-cara Mengindahkan Kawasan
- Memperbanyak dan menggiatkan kempen tentang pengindahan
kawasan, contohnya kempen “Cinta Sungai Kita” – menyedarkan masyarakat tentang
pentingnya penjagaan alam
- Mengadakan gotong-royong membersihkan dan mengindahkan
kawasan oleh penduduk di kawasan perumahan, taman, dan sebagainya
- Menganjurkan “Hari Pengindahan Alam Sekitar” – melibatkan
kakitangan kerajaan dan swasta untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan
sekolah, misalnya dengan membina taman dalam sekolah – dapat mendidik mereka
untuk mengindahkan kawasan
- Menganjurkan pertandingan mengindahkan kawasan kampung,
taman rekreasi, dan sebagainya – dapat menarik minat masyarakat menyertainya
Permasalahan Berkaitan dengan Pengindahan Kawasan
- Memerlukan perbelanjaan yang banyak, misalnya untuk
membina taman, menanam pokok-pokok bunga, dan urusan penyelenggaraan taman
tersebut
- Usaha-usaha mengindahkan kawasan tidak mendapat sambutan
yang menggalakkan daripada individu dan masyarakat – membebankan kerajaan
- Sikap tidak bertanggungjawab segolongan masyarakat yang
menyalahgunakan segala kemudahan yang disediakan, mengotorkan kawasan dengan
sampah sarap, melakukan perbuatan maksiat dan aktiviti yang membuang masa, dan
sebagainya
- Kawasan yang diindahkan tidak dilengkapi dengan kemudahan
yang tertentu – misalnya tong sampah yang disediakan sedikit dan kecil pula
saiznya – menyebabkan sampah sarap dibuang merata-rata
Comments
Post a Comment