Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 6: Industri Perikanan

SKOP
Masalah yang Dihadapi oleh Nelayan
       -         Kekurangan modal untuk membeli bot dan peralatan menangkap ikan yang moden bagi meneroka laut dalam – kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE)
       -         Ditindas oleh orang tengah – membeli ikan dengan harga yang murah – nelayan terpaksa akur kerana terbelenggu oleh hutang
       -         Pencerobohan nelayan asing di kawasan ZEE – menjejaskan mata pencarian mereka
       -         Sikap agensi-agensi yang lebih tertarik untuk memajukan perusahaan menernak ikan air tawar daripada memajukan perusahaan menangkap ikan di laut dalam
       -         Pencemaran air laut di kawasan pinggir pantai, sikap tidak mementingkan kebersihan – mengurangkan tangkapan nelayan

Penggunaan Teknologi Moden dalam Industri Perikanan
     (a) Kebaikan
a.     Memungkinkan nelayan bertumpu pada perikanan laut dalam – permintaan terhadap ikan yang kian meningkat dapat dipenuhi
b.    Dapat meningkatkan hasil tangkapan ikan dan sumber-sumber perikanan yang lain – menambah pendapatan nelayan serta mengatasi kemiskinan
c.     Menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara – menambah pendapatan negara
d.    Dapat mempelbagaikan hasil perikanan – pemprosesan ikan untuk dijadikan bahan makanan yang lain
e.     Dapat mengeksport ikan yang segar dan tinggi kualitinya – teknik dingin beku yang moden
     (b) Keburukan
a.     Berlakunya kepupusan sumber perikanan – sukar dipulihan dalam jangka masa yang singkat
b.    Membabitkan kos penyelenggaraan yang tinggi – nelayan tidak mampu
c.     Memerlukan kemahiran dan latihan yang intensif, misalnya dalam pengendalian bot yang moden – nelayan yang rendah taraf pendidikannya mungkin menghadapi masalah
d.    Memungkinkan timbulnya kerenggangan dalam hubungan kekeluargaan – nelayan laut dalam biasanya menghabiskan masa yang lama di laut – terpaksa berpisah daripada keluarga

Perkembangan dan Sumbangan Industri Perikanan
       -         Dari segi permintaan terhadap ikan, terdapat peningkatan dari setahun ke setahun sejajar dengan pertambahan penduduk – permintaan melebihi penawaran
       -         Potensi permintaan di pasaran setempat dan luar negeri adalah baik, tetapi penangkapan ikan di perairan pantai tidak dapat ditingkatkan – kemerosotan sumber-sumber perikanan
       -         Sumbangan industri perikanan – sebagai punca utama bekalan makanan berprotein serta mewujudkan peluang pekerjaan kepada rakyat
       -         Sumbangannya kepada KDNK masih rendah – menunjukkan bahawa produktivitinya masih rendah
       -         Kerajaan perlu terlibat secara langsung dalam usaha memodenkan dan membangunkan inudstri perikanan


Comments

Popular posts from this blog

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 44: Pertanian Moden

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan