Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan


SKOP
Usaha dan Cara Memajukan Industri Pelancongan
       -         Mengedarkan risalah tentang keistimewaan yang terdapat di Malaysia, misalnya tentang tempat-tempat pelancongan yang menarik, tempat-tempat yang bersejarah, pelbagai kebudayaan kaum, makanan masyarakat setempat, dan sebagainya
       -         Memperbanyak usaha-usaha promosi, kempen, dan pameran di dalam serta di luar negara
       -         Memperbanyak dan mempermoden kemudahan penginapan, rekreasi, perhubungan, pengangkutan, pusat beli-belah, pusat hiburan, dan sebagainya
       -         Meningkatkan kesedaran sivik di kalangan rakyat agar senantiasa bersopan santun, menjaga kebersihan alam sekitar, dan bersedia menerima kunjungan pelancong
       -         Menawarkan pakej pelancongan yang berpatutan agar pelancong, khususnya pelancong luar mudah tertarik dan tidak menghadapi masalah untuk berkunjung ke negara kita

Kesan daripada Industri Pelancongan kepada Negara
     (a) Kesan positif
a.     Dapat meningkatkan pendapatan negara melalui pengaliran masuk wang asing ke negara kita
b.    Dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak kepada penduduk setempat – mengurangkan pengangguran
c.     Dapat meningkatkan permintaan terhadap barangan setempat seperti hasil-hasil kraf tangan, seramik, dan sebagainya
d.    Dapat meningkatkan pendapatan penduduk setempat
e.     Dapat menyemaikan perasaan cinta akan negara di kalangan rakyat
f.       Dapat memperkenalkan Malaysia kepada pelancong luar, misalnya pelancong dari negara Eropah dan Amerika yang selama ini tidak mengenali Malaysia
g.     Dapat meningkatkan imej negara di mata dunia
     (b) Kesan Negatif
a.     Mencemarkan kebudayaan masyarakat setempat – pelancong menyebarkan budaya kuning yang mudah mempengaruhi golongan remaja
b.    Penduduk setempat mengalami beban sebagai akibat kenaikan harga barang – contohnya: penduduk di Johor Bahru terpaksa membeli barang dengan harga yang mahal kerana pelancong dari Singapura berupaya membeli barang yang sama dengan harga yang lebih mahal
c.     Menularnya penyakit AIDS – penghidap penyakit ini meningkat di Malaysia selepas tahun 1990
d.    Beban perbelanjaan kerajaan meningkat – berikutan ancaman dadah dan AIDS, kerajaan terpaksa menyediakan peruntukan yang lebih banyak bagi menyediakan tempat pemulihan dan menampung kos hidup penagih dan pesakit
e.     Membazirkan wang – untuk menarik pelancong, wang yang banyak diperlukan bagi tujuan promosi, pengindahan bangunan atau tempat-tempat tertentu, dan sebagainya
f.       Masyarakat Malaysia seolah-olah ditonjolkan sebagai masyarakat yang suka berpesta dan berhibur – dapat dilihat pada malam pelancaran Tahun Melawat Malaysia

Perkembangan Industri Pelancongan
       -         Industri pelancongan berkembang pesat sejak beberapa tahun belakangan ini berikutan pengisytiharan “Tahun Melawat Malaysia 1990” – pada tahun 1990, sebanyak 6892000 orang pelancong luar datang ke Malaysia
       -         Industri pelancongan turut menyumbangkan pendapatan yang banyak kepada negara, iaitu melalui pertukaran wang asing misalnya, pertukaran wang asing meningkat daripada RM 2.5 bilion pada tahun 1989 kepada RM 4.1 bilion pada tahun 1990
       -         Pelbagai langkah dijalankan oleh kerajaan dan pihak swasta untuk memajukan industri ini – kesungguhan kerajaan terbukti apabila tertubuhnya Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pelancongan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Musa Hitam
       -         Kemudahan infrastruktur ditambah – misalnya lapangan terbang dan kedai bebas cukai – tempat penginapan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan disediakan
       -         Kerajaan-kerajaan negeri turut memainkan peranan dalam usaha menarik pelancong – contohnya: kerajaan Negeri Sembilan memajukan Port Dickson sebagai tempat perkelahan yang bertaraf antarabangsa; kerajaan Melaka memperkenalkan Melaka sebagai tempat yang bersejarah kepada pelancong
       -         Menjelang tahun 2020, industri pelancongan dijangka menjadi industri yang paling menguntungkan Malaysia – harus mendapat kerjasama pelbagai pihak


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 44: Pertanian Moden