Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 3: Isu Pembalakan
SKOP
Kesan Pembalakan
(a) Kebaikan
a. Memberikan pendapatan
kepada penduduk dan negara
b. Menyediakan peluang
pekerjaan
c. Membantu memperkembang
industri berasaskan kayu-kayan
(b) Keburukan
a. Musnahnya hutan yang
merupakan khazanah yang amat bernilai
b. Pupusnya spesies haiwan
dan tumbuh-tumbuhan yang sukar ditemukan
c. Musnahnya habitat hidupan
liar
d. Hakisan tanah yang teruk
dan struktur tanah terganggu lalu menyebabkan tanah runtuh, banjir kilat, dan
sebagainya
e. Perubahan arah angin dan
cuaca berlaku – bekalan oksigen berkurang
f. Kawansan tadahan air
negara terjejas
g. Kesuburan tanah semakin
kurang
Usaha-usaha Mengekalkan
Kawasan Hutan
-
Pengeluaran balak dikurangkan dengan mengehadkan kawasan
pembalakan
-
Kawalan di kawasan hutan diperketat; dijalankan oleh
Jabatan Perhutanan
-
Penanaman semula hutan atau penghutanan semula dijalankan
-
Penebangan pohon yang matang saja dibenarkan
-
Kesedaran tentang pentingnya hutan ditingkatkan melalui
pelbagai kempen di pelbagai peringkat
-
Penyelidikan terhadap penanaman dan pengurusan hutan
ditingkatkan; dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
-
Hukuman yang berat terhadap mereka yang menjalankan
pembalakan haram
Isu Pembalakan Haram
(a) Cara dijalankan
a. Secara sulit, yakni jauh
di dalam hutan/ kawasan pedalaman
b. Di kawasan hutan yang
berdekatan dengan kawasan yang dibenarkan untuk pembalakan
c. Di kawasan hutan simpanan
yang berdekatan dengan kawasan yang hendak dibangunkan
d. Secara penipuan dan
penyelewengan dengan melibatkan orang-orang yang berpangkat dan berpengaruh
(b) Kesan
a. Merugikan negara dari
segi pendapatan cukai
b. Membahayakan keselamatan
awan jika terdapat berdekatan dengan kawasan kediaman – ancaman tanah runtuh
c. Menyebabkan banjir kilat
– kerugian harta benda dan nyawa
d. Mengurangkan keluasan
kawasan hutan secara drastik
e. Menjejaskan kawasan hutan
yang diwartakan sebagai hutan simpanan dan kawasan tadahan hujan
Comments
Post a Comment