Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 44: Pertanian Moden
SKOP
Kebaikan dan Keburukan
Pertanian Moden
(a) Kebaikan
a. Meningkatkan kualiti
hasil pertanian, misalnya dari segi saiznya, rasanya, dan sebagainya
b. Meningkatkan hasil
pertanian hingga dapat memenuhi permintaan negara
c. Menambah pendapatan
petani dan meningkatkan taraf hidup mereka
d. Menambah pendapatan
negara melalui cukai yang dikenakan serta melalui pendapatan eksport
e. Mengembangkan industri
yang berasaskan pertanian dan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak
f. Tidak membantutkan
usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian – masalah kekurangan tenaga
pekerja diatasi dengan cara meningkatkan penggunaan barangan modal
(b) Keburukan
a. Peluang pekerjaan semakin
kurang – jentera mengambil alih tugas-tugas manusia di ladang
b. Kesihatan pekerja yang
mengendalikan bahan-bahan kimia di ladang terjejas jika perlindungan yang
sewajarnya tidak diberikan
c. Hasil pertanian dapat
menjejaskan kesihatan pengguna jika bahan kimia digunakan secara berlebihan
tanpa kawalan
d. Kaedah pertanian moden
dapat menjejaskan kualiti alam sekitar
e. Memerlukan modal yang
besar – memungkinkan pengusahanya terpaksa meminjam daripda pihak bank
Penggunaan Teknologi
Moden dalam Bidang Pertanian
(a) Penggunaan teknologi moden menambah hasil pengeluaran,
contohnya penggunaan benih-benih yang bermutu tinggi dan baja yang sesuai
(b) Penggunaan jentera-jentera moden dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga pekerja dan menjimatkan masa di samping menambah penghasilan
pertanian
(c) Penggunaan teknologi moden di negara kita kian meluas –
kerajaan memberikan subsidi serta pelbagai jenis bantuan dari segi kepakaran
dan pinjaman
Isu Pasaran dan Harga
Hasil Pertanian
(a) Badan-badan seperti BERNAS, FAMA, FELDA, MADA, LPN, dan
sebagainya ditubuhkan khas untuk mengurus hal-hal pertanian seperti urusan
tanah, jentera, baja, pinjaman wang, pemasaran hasil pertanian, dan lain-lain
(b) Orang tengah mengambil kesempatan dengan membeli hasil
pertanian dengan harga yang rendah daripada harga pasaran
(c) Peladang kekurangan modal dan terpaksa meminjam wang
daripada ceti-ceti yang mengenakan kadar bunga yang tinggi hingga petani tidak
berdaya membayar semula pinjaman yang dibuat
(d) Pasaran eksport hasil pertanian terjejas apabila wujudnya
ancaman luar seperti sabotaj daripada penanam-penanam kacang soya di Amerika
Syarikat terhadap minyak sawit
Comments
Post a Comment