Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 48: Permainan Tradisional
SKOP
Jenis-jenis Permainan Tradisional
Jenis-jenis Permainan Tradisional
- Di kalangan orang dewasa
o
Wau
o
Dam haji
o
Sepak raga bulatan
o
Gasing
- Di kalangan kanak-kanak
o
Ting-ting
o
Cari cucu
o
Konda-kondi
o
Congkak
- Dapat dimainkan secara individu dan berpasukan
- Dapat disertai oleh kaum wanita dan kaum lelaki
Fungsi dan Peranan
Permainan Tradisional pada Masyarakat
- Untuk memberikan hiburan setelah sibuk dengan urusan
sehari-hari
- Untuk memupuk semangat muhibah dan setiakawan serta
menjalin hubungan mesra di antara anggota-anggota masyarakat
- Untuk mempererat hubungan yang sedia ada di kalangan
anggota-anggota masyarakat
- Untuk memenuhi masa yang terluang dan mengelak daripada
melakukan kerja-kerja yang tidak berfaedah
- Untuk memupuk nilai-nilai tradisi dan nilai-nilai murni
secara tidak langsung kepada anggota-anggota masyarakat melalui permainan
tersebut
Usaha bagi Menghidupkan
dan Mengekalkan Permainan Tradisional
- Memperkenalkan permainan tradisional kepada para pelajar
sejak sekolah rendah lagi melalui mata pelajaran kokurikulum agar permainan tersebut
tidak pupus dan terus diminati
- Mempopularkan permainan tradisional kepada segenap
lapisan masyarakat melalui majlis-majlis seperti Hari Keluarga, Temasya
Sukaneka atau Sukan Rakyat, dan sebagainya
- Memberikan publisiti meluas untuk pelbagai jenis permainan
tradisional, sama ada melalui media cetak mahupun melalui media elektronik
- Mengadakan atau menganjurkan pertandingan serta peraduan
permainan rakyat untuk menarik perhatian ramai, bukan saja di luar bandar
tetapi juga di bandar
- Mengadakan tempat-tempat khusus, misalnya Taman-taman
Budaya yang dibina di setiap negeri agar pertunjukan-pertunjukan permainan
tradisional dapat diadakan dan ditunjukkan kepada masyarakat dari semasa ke
semasa
- Agensi-agensi kerajaan di bawah Kementerian Kebudayaan
dan Pelancongan sentiasa meningkatkan usaha untuk mengenal pasti pelbagai jenis
permainan tradisional dan mengetengahkannya untuk dipertunjukkan, bukan saja
kepada masyarakat setempat tetapi juga kepada masyarakat luar negeri
Comments
Post a Comment