Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 64: Isu Keselamatan Negara
SKOP
Peranan Pasukan Keselamatan
- Melindungi negara daripada ancaman musuh, sama ada musuh
dari dalam atau luar negeri – contohnya ancaman komunis
- Memberikan khidmat bakti (tanggungjawab sosial) kepada
masyarakat dalam kerja-kerja kebajikan dan sebagainya
- Membantu negara-negara lain yang memerlukan bantuan
ketenteraan dalam menghadapi keadaan huru-hara dan sebagainya – contohnya:
anggota tentera negara kita dihantar ke Kemboja, Somalia, dan Bosnia
Herzeagovina (di bawah panji Bangsa-bangsa Bersatu) untuk membantu memulihkan
keamanan di sana
- Mencegah berlakunya pelbagai bentuk jenayah seperti
kecurian, pembunuhan, penyeludupan, pencerobohan rakyat asing, dan sebagainya
- Meleraikan rusuhan-rusuhan yang ditimbulkan oleh
puak-puak tertentu
- Mengumpulkan risikan keselamatan
Keadaan Keselamatan Negara pada Hari Ini
- Negara ini bebas daripada ancaman musuh luar – tidak pernah
berada dalam keadaan yang membimbangkan – berkat kebijaksanaan pemimpinnya yang
menjalin hubungan diplomatik dengan negara luar – misalnya kerjasama dengan
negara-negara anggota ASEAN
- Terjamin daripada ancaman komunis
- Sentiasa terkawal – anggota pasukan keselamatan yang
cukup dan terlatih bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan – tentera darat,
laut, dan udara, serta pasukan polis, misalnya dapat berkhidmat pada bila-bila
masa
- Tidak menimbulkan kebimbangan di kalangan rakyat – dapat dibuktikan
daripada corak hidup seharian masyarakat – bebas melakukan aktiviti politik,
ekonomi, sosial, dan sebagainya
Kerahan Tenaga Rakyat
(a) Maksudnya
- Satu sistem latihan ketenteraan yang diwajibkan kepada
semua peringkat masyarakat dalam peringkat umur tertentu
(b) Tujuan
- Untuk berkhidmat dalam keadaan tertentu seperti darurat,
kekacauan, dan peperangan pada bila-bila masa
- Untuk membantu remaja dari segi pembinaan fizikal melalui
latihan ketenteraan
- Untuk memberikan peluang kepada remaja daripada pelbagai
latar belakang keturunan atau keluarga berinteraksi sesama sendiri –
meningkatkan persefahaman antara kaum dan agama
- Dapat menyemaikan nilai-nilai positif dalam diri remaja
dengan lebih berkesan untuk menghindarkan remaja daripada gejala yang tidak
sihat seperti penyalahgunaan dadah dan masalah-masalah sosial
Comments
Post a Comment