Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 52: Penyakit Berbahaya
SKOP
Jenis-jenis Penyakit
(a) Penyakit yang
berjangkit
i. disebabkan oleh jangkitan kuman atau mikroorganisma yang
berbahaya seperti bakteria dan virus
ii. beberapa contoh penyakit yang disebabkan oleh bakteria
ialah tibi, taun, dan penyakit kelamin seperti gonorea dan sifilis
iii. beberapa contoh penyakit yang disebabkan oleh virus pula
ialah selesema, demam denggi, hepatitis, demam campak, beguk, AIDS, dan polio
iv. beberapa penyakit yang berjangkit boleh juga diakibatkan
oleh kulat (kurap dan panau), protozoa (malaria), dan cacing
(b) Penyakit yang tidak
berjangkit
i. disebabkan oleh gangguan pada tisu dan organ, gangguan
ketika lahir, amalan pemakanan yang kurang baik, suasana persekitaran dan
pekerjaan yang kurang baik, seta perasaan yang tegang atau tertekan
ii. beberapa contoh penyakit yang disebabkan oleh gangguan
pada tisu dan organ ialah penyakit jantung, tekanan darah tinggi, hipertensi,
strok (angin ahmar), kanser, artritis atau penyakit sendi, kencing manis, dan
penyakit tiroid
iii. beberapa contoh penyakit yang disebabkan oleh gangguan
ketika lahir ialah penyakit akibat daripada jangkitan kuman pada ibu yang
mengandung, kesan sampingan daripada ubat (dadah dan bahan kimia) yang diambil
oleh ibu yang mengandung, kesan daripada radiasi pada ibu yang mengandung – ada
juga penyakit yang diwarisi daripada anggota keluarga sebelah ibu atau bapa,
misalnya hipertensi dan kencing manis
iv. beberapa contoh penyakit yang disebabkan oleh amalan
pemakanan yang kurang baik ialah beri-beri, riket, skurvi, penyakit kekurangan
zat makanan, penyakit jantung, tekanan darah tinggi, kencing manis (diabetes),
dan sebagainya
v. beberapa contoh penyakit yang disebabkan oleh suasana
persekitaran dan pekerjaan ialah uyang dihidap akibat daripada pencemaran
udara, air, darat, bunyi, dan sebaginya seperti penyakit pada mata, telinga,
paru-paru, dan lain-lain
vi. beberapa contoh penyakit yang disebabkan oleh perasaan
yang tertekan ialah pening (migrain), ulser, kesakitan pada dada, tangan serta
kaki, dan sebagainya
Cara-cara Mencegahnya
-
memakan makanan yang seimbang dan berkhasiat – memakan sayur-sayuran
hijau, ikan, daging, dan buah-buahan segar
-
mengurangkan makanan yang dapat memudaratkan kesihatan –
mengurangkan makanan yang berlemak dan berkolestrol tinggi serta makanan yang
tinggi kandungan gulanya
-
mengamalkan senaman dan rajin menjalankan
aktiviti-aktiviti rekreasi
-
menjaga kebersihan diri, tempat tinggal, dan persekitaran
-
mempunyai waktu rehat yang cukup
-
menjauhkan amalan yang tidak sihat seperti menghisap
rokok, minum minuman keras, menyalahgunakan dadah, dan melakukan hubungan jenis
secara rambang
Punca-punca Berlakunya
Penyakit
-
jangkitan kuman atau mikroorganisma yang berbahaya
seperti bakteria dan virus
-
gangguan pada tisu dan organ
-
amalan pemakanan yang kurang baik
-
perasaan atau jiwa yang tertekan
-
gangguan ketika lahir
-
suasana persekitaran dan pekerjaan yang tidak baik –
pencemaran udara, air, darat, bunyi, dan sebagainya
Comments
Post a Comment