Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 61: Alat Perhubungan/ Pengangkutan
SKOP
Jenis-jenis Alat Pengangkutan Dahulu dan Sekarang
- Pengangkutan darat – kereta lembu, kereta kuda, basikal,
beca, kereta sorong, jip, trak, trailer, lori, bas, van, motosikal, motokar,
kereta api, komuter
- Pengangkutan air – perahu, sampan, kayak, tongkang,
rakit, motobot, kapat, kapal selam, feri, dan hoverkraf
- Pengangkutan udara – belon gas, helikopter, kapal
terbang, dan roket
Isu yang Berkaitan dengan Kenderaan Awam
(a) Bas (termasuk bas ekspres dan bas mini)
i. Kuantitinya masih belum dapat menampung keperluan pengguna,
khususnya yang bekerja di bandar
ii. Pemandu dan konduktornya kurang mengutamakan keselamatan
dan keselesaan penumpang – memandu kenderaan dalam keadaan yang berbahaya
iii. Pemandu atau konduktornya tidak memiliki lesen memandu –
tiada jaminan terhadap keselamatan penumpang
iv. Tidak menepati jadual perjalanan dan tidak menyediakan
perkhidmatan yang memuaskan
v. Wujudnya persaingan dengan pemilik bas yang beroperasi
secara haram, khususnya pada musim-musim perayaan
(b) Teksi
i. Kenaikan tambang teksi – menjadi sungutan pengguna kerana
kenaikan tambangnya masih belum menjamin keselesaan penumpang
ii. Pemandu teksi enggan mengambil penumpang dan memilih
penumpang mengikut destinasi yang disukainya saja
iii. Tidak menggunakan sistem meter – untuk memperoleh bayaran
yang lebih daripada penumpang
iv. Terdapat pemandu teksi yang tidak berdisiplin – merokok ketika
memandu, gemar mengganggu gadis dan wanita, memandu dalam keadaan berbahaya
(c) Isu—isu lain
i. Kenderaan awam yang bertambah menambahkan kesesakan jalan
raya
ii Kenderaan awam yang sudah lama beroperasi meningkatkan
kadar pencemaran udara
iii. Perkhidmatan kereta api dan kapal terbang kurang mendapat
sambutan berikutan pembinaan lebuh raya
Peranan dan Fungsi Pengangkutan
(a) Memudahkan mobiliti
penduduk dari satu destinasi ke destinasi yang lain
(b) Menjimatkan masa,
terutamanya untuk perjalanan yang jauh – menaiki kapal terbang untuk ke
seberang laut lebih menjimatkan masa
(c) Memudahkan pemindahan
barang-barang dari satu tempat ke tempat yang lain – memudahkan peniaga untuk
mengagih-agihkan barang-barang siap kepada pengguna
(d) Meluaskan pasaran ke
merata-rata – tidak hanya bergantung pada pasaran setempat saja
(e) Membantu penyebaran sains
dan teknologi serta pengaliran modal antara sebuah negara dengan negara yang
lain
(f) Memudahkan penduduk dari
pelbagai negara bertemu dan melaksanakan kegiatan politik, sosial, dan ekonomi
(g) Menggalakkan pertumbuhan
ekonomi negara – sistem rangkaian pengangkutan yang cekap dan baik akan
menggalakkan pembukaan kawasan-kawasan baru untuk perkilangan, pertanian, dan
perlombongan
(h) Menggalakkan perniagaan
antarabangsa – sistem pengangkutan moden yang lebih cekap memudahkan kegiatan
import dan eksport
(i) Mengelakkan pembaziran –
membantu mengangkut barang-barang yang mudah rosak seperti sayur-sayuran dan
buah-buahan segar ke pasaran untuk mengelakkan barang-barang itu daripada busuk
Comments
Post a Comment