Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 45: Isu Tanah



SKOP
Masalah Tanah Terbiar
     (a) Masalah tanah terbiar berlaku apabila sesuatu kawasan itu tidak diusahakan
     (b) Perebutan di kalangan anggota keluarga untuk memiliki tanah pusaka/ masalah pembahagian tanah adat (di Negeri Sembilan dan Melaka) menyebabkan tanah terbiar tanpa diusahakan
     (c) Tanah terbiar juga apabila pemiliknya yang sudah meninggal dunia tidak mempunyai waris untuk mengambil alih pemilikan tanah tersebut serta mengusahakannya
     (d) Hilangnya minat untuk mengusahakan tanah kerana hasil yang diperoleh tidak menguntungkan dan tidak setimpal dengan usaha yang dicurahkan – menyebabkan tanah terbiar
     (e) Minat penduduk pekan dan penduduk kampung untuk bekerja di kilang-kilang semakin meningkatkan kerana pendapatannya adalah tetap dan lebih lumayan – tanah terbiar kerana tiada sesiapa yang mahu mengusahakannya
     (f) Golongan tua yang tinggal di kampung tidak terdaya mengejarkan tanah milik mereka – anak-anak muda pula berhijrah ke bandar untuk memulakan penghidupan baru

Penerokaan Tanah Secara Haram
     (a) Berlaku apabila tanah milik orang lain atau milik kerajaan diusahakan tanpa kebenaran
     (b) Penerokaan tanah secara haram di bandar biasanya berpunca daripada masalah kemiskinan dan masalah perumahan – tanah diteroka untuk mendirikan rumah-rumah setinggan
     (c) Pengusaha kilang kecil dan pengusaha-pengusaha bengkel bersikap tamak – meneroka tanah secara haram kerana hendak mengelakkan cukai
     (d) Kekurangan tanah di kawasan bandar dan harganya yang mahal menyebabkan tanah diteroka secara haram untuk dijadikan tempat kediaman dan tempat mencari rezeki
     (e) Kurangnya kawalan dan pengawasan daripada kerajaan menyebabkan tanah kerajaan di kawasan pedalaman diteroka secara haram untuk diusahakan dan dijadikan tempat kediaman

Kesan Pembangunan yang Pesat
     (a) Menyebabkan harga tanah dan rumah di bandar melambung tinggi
     (b) Timbul masalah kependudukan – pembangunan yang pesat menarik penduduk luar bandar berhijrah hingga menjadikan kawasan bandar terlalu padat
     (c) Munculnya masalah setinggan dan masalah-masalah sosial yang lain
     (d) Kualiti alam sekitar merosot – kemusnahan tumbuh-tumbuhan menyebabkan bekalan oksigen berkurang dan cuaca bertambah panas serta arah tiupan angin berubah
     (e) Keceriaan dan keaslian semula jadi di sesuatu tempat hilang sebagai akibat penerokaan
     (f) Hakisan berlaku dan tanah yang terhakis mendap di lonkang dan di sungai – berlakunya masalah banjir kilat

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 44: Pertanian Moden