Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 60: Media Cetak



SKOP
Jenis-jenis Media Cetak
     (a)   Surat khabar – bahan bercetak yang biasanya melaporkan pelbagai berita atau hal-hal lain untuk pengetahuan pembaca. Contohnya: Berita Harian, Utusan Malaysia, The Star, The New Straits Times, dan sebagainya
     (b)  Majalah – surat berkala yang memuatkan bahan-bahan seperti makalah, tulisan, rencana, dan lain-lain yang diterbitkan pada waktu-waktu yang tertentu. Contohnya: majalah bergamabar –majalah yang sebahagian besarnya bermuat gambar-gamabar dan majalah ilmiah – majalah yang berisi makalah yang bersifat ilmiah
     (c)   Jurnal – majalah biasa yang memuatkan bahan-bahan ilmiah saja. Contohnya: Jurnal Dewan Bahasa – berisi pelbagai maklumat khusus tentang bahasa
     (d)  Poster – bahan yang berupa pelekat dan biasanya digunakan sebagai iklan, kempen, dan untuk memberikan penerangan tentang sesuatu perkara

Pengaruh Media Cetak
     (a)   Terhadap golongan pelajar
a.     Menimbulkan minat pelajar untuk membaca
b.    Menambah pengetahuan pelajar tentang pelbagai perkara yang berlaku di dalam dan di luar negeri
c.     Mendorong pelajar membelanjakan wang dengan cara yang berfaedah, yakni dengan membeli atau melanggan akhbar serta majalah tertentu
     (b)  Terhadap masyarakat umum
a.     Berupaya mengembangkan pemikiran dan menambah pengetahuan mereka melalui pelbagai maklumat yang dibaca
b.    Sanggup mengeluarkan belanja, khusus untuk memiliki media cetak yang berbagai-bagai jenis
c.     Berasa bosan dan ketinggalan dalam pelbagai perkara jika tidak membaca media cetak yang tertentu walaupun dalam tempoh sehari
d.    Sesetengah orang dewasa sanggup mengubah pendirian atau pegangan hidupnya kerana terpengaruh oleh sesuatu maklumat dalam media cetak tertentu
e.     Dapat mengelirukan pembaca sekiranya timbul isu yang sama tetapi disampaikan dalam cara yang berbeza
f.       Memberikan perubahan yang cepat terhadap minda seseorang

Peranan dan Fungsi Media Cetak
     -         Sebagai saluran komunikasi yang berkesan untuk menyalurkan pelbagai maklumat dari dalm dan luar negeri kepada masyarakat
     -         Sebagai alat yang berkesan untuk menyampaikan segala dasar dan rancangan kerajaan kepada rakyat
     -         Sebagai penyalur ilmu pengetahuan, bimbingan, panduan, hiburan, dan sebagainya kepada masyarakat

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 44: Pertanian Moden