Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 66: Isu Label
SKOP
Kepentingan dan Fungsi Penggunaan Label
- Memperkenalkan jenama sesuatu barangan kepada pengguna
- Membantu pengguna mengetahui pelbagai maklumat tentang
sesuatu barang yang dijual – contohnya, maklumat tentang kandungan barang,
harga, berat, kesesuaian penggunaannya, dan sebagainya
- Melindungi pengguna daripada membeli makanan yang tidak
sesuai dengan kesihatan
- Dapat memastikan bahawa barang yang dibeli sentiasa dalam
keadaan baik – dengan meneliti tarikh luput pada label barang itu
- Melindungi pengguna daripada membeli barangan yang sudah
lapuk atau busuk
- Memudahkan pemasaran barang-barang kerana
pengguna-pengguna akan mengetahui pengeluar barangan tersebut
- Memudahkan pengguna membuat pilihan sebelum membeli sesuatu
barangan
Keberkesanan Penggunaan Label
- Keselamatan pengguna lebih terjamin – contohnya,
barang-barang elektrik dicapkan logo SIRIM – untuk menunjukkan bahawa barangan
tersebut selamat digunakan
- Pengguna lebih yakin untuk membeli sesuatu barangan
- Masalah keracunan makanan dapat dikurangkan
- Memudahkan perniagaan perkhidmatan layan diri – semua maklumat
barangan terdapat pada label
- Penjual dan pengusaha menjadi lebih bertanggungjawab
- Panduan kepada pengusaha barang makanan dalam membuat
label – tidak wujud lagi aduan tentang penggunaan label yang tidak tepat dan
mengelirukan
- Memudahkan pihak berkuasa bertindak sekiranya berlaku
penyelewengan mengenai maklumat pada label
Permasalahan Berkaitan dengan Penggunaan Label pada Hari Ini
- Penggunaan bahasa Melayu yang salah – menyukarkan pengguna
untuk memahami maklumat tentang sesuatu barangan yang sebenarnya
- Maklumat tentang isi kandungan berbeza daripada isi
kandungan barang yang sebenarnya – maklumat pada label memperlihatkan
keistimewaan barang tersebut secara berlebih-lebihan – suatu penipuan kepada
pengguna
- Tanda halal yang disertakan masih meragukan umat Islam –
dilabelkan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa
- Sikap pengguna yang tidak peka terhadap pentingnya
penggunaan label pada sesuatu barang – mislanya, mereka tidak melihat tarikh
luput pada label sesuatu barang – sebagai akibatnya berlakulah gejala keracunan
makanan
Comments
Post a Comment