Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 43: Pertanian Tradisional
SKOP
Kebaikan dan Keburukan Pertanian Tradisional
Kebaikan dan Keburukan Pertanian Tradisional
(a) Kebaikan
a. Tidak memerlukan kos dan
modal yang besar
b. Tidak memerlukan
penjagaan yang rapi
c. Hasil pertaniannya tidak
dicemari bahan kimia yang dapat menjejaskan kesihatan
d. Dapat menghasilkan
pelbagai hasil pertanian, misalnya pisang, ubi kayu, ubi keladi, keledek, dan
sebagainya – sesuai dengan kemahuan dan keperluan pengusahanya
e. Mewujudkan suasana mesra
di kalangan mereka yang mengusahakannya
f. Dapat mengekalkan tradisi
yang diwarisi sejak turun-temurun
(b) Keburukan
a. Tidak memberikan hasil
yang banyak dan hasilnya kurang bermutu, misalnya dari segi saiz, rasa, dan
sebagainya
b. Tidak dapat dijadikan
sumber pendapatan tambahan – jika adapun tidaklah lumayan
c. Mudah terdedah pada
pelbagai jenis penyakit dan serangan makhluk perosak
d. Kerja-kerja yang
dilakukan memakan masa yang lama kerana menggunakan peralatan tradisional
e. Mewujudkan petani yang
kurang kreatif dan yang sukar menerima perubahan untuk kemajuan
f. Memberikan kesan negatif
kepada kualiti alam sekitar (merujuk kepada pertanian pindah)
Mengapa Pertanian
Tradisional Masih Diamalkan
(a) Mudah dikerjakan tanpa memerlukan usaha yang banyak
(b) Keadaan fizikal di sesuatu tempat menggalakkan pertanian
tradisional
(c) Diusahakan secara sambilan oleh sesetengah individu
(d) Kekurangan wang dan modal
(e) Kurang pembantu untuk mengusahakan pertanian secara
intensif
(f) Kurang kemudahan seperti
kemudahan pengairan untuk mengusahakan corak pertanian lain
(g) Berfikiran kolot dan sukar menerima kaedah-kaedah
pertanian moden yang disarankan
(h) Berbangga dengan cara hidup yang diamalkan sejak
turun-temurun
Kesesuaian Pertanian
Tradisional pada Zaman Moden Ini
(a) Sesuai hanya jika dijalankan secara sambilan untuk
mengisi masa lapang
(b) Sesuai untuk memenuhi keperluan sendiri bagi menjimatkan
perbelanjaan harian
(c) Sesuai jika usaha tersebut dapat menghasilkan pendapatan
sampingan
(d) Tidak sesuai dijalankan jika mengakibatkan kemusnahan
alam sekitar
(e) Kurang sesuai dijadikan sebagai sumber utama pendapatan kerana
tidak memberikan pulangan yang lumayan dan tidak dapat membaiki taraf hidup
pengusahanya
Comments
Post a Comment