Uijan Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 55: Perniagaan/ Perdagangan
SKOP
Jualan Murah
- Sesuatu barang dijual pada harga yang lebih murah
daripada harga biasa kerana diberi diskaun atau potongan harga, misalnya
diskaun antara 10% hingga 70%
- Melibatkan penjualan pelbagai jenis barang dalam sesuatu
tempoh yang terhad, misalnya selama seminggu atau dua minggu
- Jualan rumah tidak boleh diadakan bila-bila – syarikat yang
hendak mengadakan jualan murah harus membuat permohonan dan memperoleh permit
daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna
- Biasanya diadakan oleh gedung-gedung yang besar kerana
menawarkan pelbagai jenis barang – gedung-gedung yang besar ini mempunyai
hubungan rapat dengan pihak pengeluar/ pekilang – mendapat kerjasama mereka
untuk membeli barang dalam kuantiti yang banyak dengan potongan harga yang
istimewa
Barang Setempat dan Barang Import
- Industri setempat berjaya mengeluarkan pelbagai jenis
barangan, khususnya barangan pengguna yang dulunya diimport
- Kualiti kebanyakan barangan setempat setanding dengan
kualiti barangan yang diimport – sudah mendapat pengiktirafan antarabangsa
- Harga barangan setempat lebih murah jika dibandingkan
dengan harga barangan yang diimport – kos pengeluaran barangan setempat lebih
murah
- Permintaan terhadap barangan setempat daripada pasaran
luar negeri semakin meningkat kerana barangan tersebut berkualiti dan murah
- Oleh sebab sudah lama berada di pasaran, barangan yang
diimport mempunyai kedudukan yang mantap dan dipandang tinggi oleh para
pengguna
- Ada pengguna yang terpengaruh tinggi oleh iklan-iklan
barangan yang diimport lalu membuat tanggapan bahawa barangan tersebut lebih
berkualiti daripada barangan keluaran setempat
- Kesedaran pengguna tentang kebaikan membeli barangan
setempat sudah meningkat – permintaan dalam negeri terhadap barangan setempat
meningkat – hasil kempen “Belilah Barangan Buatan Malaysia”
Kebaikan Berniaga
- Berniaga dapat memberikan pendapatan yang lumayan – salah
satu punca rezeki yang amat murah ialah berniaga – ditegaskan oleh Nabi
Muhamamd S.A.W.
- Berniaga dapat dijalankan sepanjang masa – tidak terikat
atau terpengaruh oleh keadaan cuaca atau musim – pendapatan kurang terjejas
- Berniaga pasti dapat memberikan pendapatan kerana apa-apa
yang diniagakan sentiasa mempunyai permintaan – kebijaksanaan si peniaga
memungkinkan perniagaannya berkembang dan pendapatannya terus bertambah
- Berniaga memungkinkan pengusahanya berhijrah dan
meluaskan pengalamannya – membuka cawangan di tempat-tempat lain
- Si peniaga tidak terikat atau tunduk oleh arahan sesiapa –
dialah yang membuat segala keputusan tentang perniagaannya
- Berniaga dapat meningkatkan kemahiran perakaunan dan
pengurusan
Comments
Post a Comment