Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 57: Jimat Cermat
SKOP
Tujuan Berjimat Cermat
- Untuk mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakni suatu
keadaan yang berlaku apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau
perkhidmatan (kuasa beli yang tinggi) melebihi penawaran barang dan
perkhidmatan tersebut
- Untuk menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa,
lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaanya
- Untuk mengelakkan diri daripada dibebani hutang
- Untuk menghadapi keadaan kecemasan seperti keadaan
darurat, bencana alam, dan sebagainya
- Untuk mematuhi ajaran agama
- Untuk menghindarkan diri daripada ditimpa kemiskinan dan
hidup melarat sedangkan dirinya kaya sebelum itu
Cara-cara Menggalakkan Berjimat Cermat
(a) Di kalangan kanak-kanak dan remaja
i. Ibu bapa harus mendidik anak-anak supaya sentiasa
berjimat semasa di rumah – misalnya, berjimat menggunakan air dan elektrik
ii. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak menabungkan wang
yang diperoleh oleh mereka
iii. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak menyertai skim
simpanan wang di bank-bank yang menyediakan perkhidmatan tersebut – misalnya,
skim simpanan di Bank Rakyat, Bank Bumiputera Commerce, dan Maybank
iv. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak membawa bekal ke
sekolah serta mengehadkan pemberian wang kepada mereka
v. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik tentang cara
berjimat kepada anak-anak sama ada ketika berada di rumah atau di luar rumah
vi. Ibu bapa perlu membantu anak-anak merancang barang-barang
atau keperluan yang hendak dibeli oleh mereka
(b) Di kalangan masyarakat umum
i. Melatih diri supaya berbelanja untuk perkara-perkara yang
perlu saja
ii. Menetapkan jumlah tertentu daripada pendapatan bulanan
sebagai simpanan bulanan
iii. Tidak terpengaruh oleh iklan-iklan yang menggalakkan
seseorang itu berbelanja – misalnya iklan jualan murah di pasar raya dan
sebagainya
iv. Senantiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh
golongan miskin – dapat menimbulkan kesedaran tentang pentingnya berjimat dalam
kehidupan
v. Pihak berkuasa harus memperbanyak dan menggiatkan kempen
berjimat cermat dalam kehidupan seharian – kempen “Jimatkan Penggunaan Air” dan
“Jimatkan Elektrik” melalui media massa misalnya, patut dijalankan selalu
Faedah-faedah Mengamalkan Berjimat Cermat
- Dapat melatih diri agar tidak boros berbelanja atau
menggunakan sesuatu
- Dapat memberikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang
susah payah ibu bapa memperoleh wang untuk berbelanja
- Dapat mengurangkan kadar inflasi negara
- Dapat menjauhkan diri daripada amalan berhutang
- Dapat membantu orang-orang yang dalam kesusahan dan
memerlukan bantuan
- Dapat merancang masa depan sendiri tanpa perlu
menyusahkan orang lain
- Dari segi penjimatan masa – lebih banyak kerja yang dapat
dilakukan jika masa digunakan sebaik-baiknya
Comments
Post a Comment