Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 58: Penternakan Ikan Air Tawar/ Air Masin



SKOP
Perkembangannya di Malaysia
(a) Penternakan ikan air tawar
                              i. Kegiatan penternakan ikan air tawar kian bertambah, terutama di negeri-negeri di pantai barat Semenanjung Malaysia
                            ii. Dijalankan di kawasan bekas lombong serta di kawasan paya dan pinggir paya dengan membuat kolam
                          iii. Pelbagai jenis ikan air tawar diternak – contohnya jelawat, belida, patin, baung, lampam, kap, tilapia, dan sebagainya
                           iv. Kaedah penternakan yang moden digunakan – contohnya sangkar-sangkar khas dibina, benih-benih ikan yang baik dihasilkan dan diternak, aspek pemakanannya dikawal, dan sebagainya
                            v. Usaha pembangunan dan penyelidikan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau Pinang dan Pusat Perikanan Air Tawar, di Jitra, Kedah – turut dibantu oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM)
                          vi. Pulangan yang lumayan daripada kegiatan ini menarik minat lebih banyak petani untuk mengusahakan penternakan ikan air tawar – pemasarannya dibantu oleh FAMA
               vii. Ikan air tawar mendapat permintaan yang semakin baik daripada pengusaha-pengusaha restoran dan hotel

(b) Penternakan ikan air masin
                            i. Kian berkembang kerana menjanjikan pulangan yang lumayan kepada pengusahanya dan keran mendapat permintaan yang tinggi di pasaran setempat
                          ii. Dijalankan terutamanya di kawasan pinggir laut yang kurang bergelora dan terlindung daripada angin kencang, khususnya di pantai barat Semenanjung Malaysia
                        iii. Pelbagai jenis ikan air masin diternak – contohnya kerapu, siakap, udang harimau, dan sebagainya
                         iv. Kaedah penternakan yang moden digunakan – contohnya sangkar-sangkar khas dibina, benih ikan dan benih udang yang baik dihasilkan dan diternak, aspek pemakanannya dikawal, dan sebagainya
                          v. Usaha pembangunan dan penyelidikan dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perikanan di Pulau Pinang dan Pusat Penetasan Udang di Kampung Acheh, Perak – turut dibantu oleh LKIM dan FAMA

Cara-cara Menggalakkan Masyarakat Memakan Ikan
                           i. Kempen yang berterusan oleh kerajaan menerusi media massa, yakni media cetak dan media elektronik
                         ii. Mencipta resipi-resipi yang sesuai, khususnya untuk masakan ikan air tawar dan menghebahkannya agar dicuba dan diminati oleh orang ramai
                       iii. Mempromosi pelbagai jenis masakan ikan air tawar di hotel-hotel dan di restoran-restoran
                        iv. Memberikan pengetahuan tentang kebaikan dan pentingnya ikan air tawar sebagai sumber protein

Masalah-masalah yang Dihadapi oleh Penternak-penternak Ikan
                          i. Kekurangan modal bagi membina kolam tambahan, membeli benih-benih ikan, menggaji pekerja tambahan, dan sebagainya
                        ii. Menghadapi masalah pemasaran, khususnya apabila ikan-ikan yang diternak sudah cukup tempoh untuk dijual
                      iii. Keadaan cuaca yang tidak menentu – hujan yang lebat hingga mengakibatkan banjir menyebabkan ikan-ikan yang diternak terlepas dari kolam
                       iv. Menghadapi saingan hebat daripada penternak lain yang kian bertambah bilangannya – permintaan terhadap ikan air tawar meningkat juga tetapi dengan kadar yang lembap – harga ikan air tawar tidak stabil
                        v. Tanggapan masyarakat bahawa ikan yang diternak kurang enak – bersaing dengan ikan sungai dan ikan laut – pendapatan terjejas dan tidak menentu

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 44: Pertanian Moden