Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 56: Amalan Pemakanan
SKOP
Jenis-jenis Makanan di Kalangan Masyarakat Malaysia
(a) Jenis-jenis makanan secara umum
i. Makanan utama ialah nasi
ii. Makanan yang dibuat daripada tepung gandum, sagu,
pelbagai jenis kacang, dan sebagainya
iii. Makanan yang dihasilkan daripada pemprosesan hidupan –
misalnya, ikan, sotong, daging ayam, dan daging lembu diproses menjadi bebola
ikan, otak-otak, keropok, dan sate
iv. Makanan daripada buah-buahan yang diproses
(b) Di kalangan masyarakat Melayu
i. Makanan tradisional yang lazimnya dihidangkan pada hari
raya – misalnya ketupat nasi, ketupat pulut, baulu, lemang, dodol, kuih
bangkit, dan sebagainya
ii. Makanan-makanan lain seperti nasi putih dengan lauk-pauk
seperti daging masak rendang atau gulai, kuah tempoyak, asam pedas, ayam
percik, soto, bergedel, tempe, sambal goreng, laksa, nasi lemak, nasi dagang,
nasi kerabu, rendang, dan sebagainya
iii. Ulam-ulaman seperti petai, jering, kerdas, serta pembuka
selera seperti budu dan cencaluk
(c) Di kalangan masyarakat Cina
i. Makanan tradisional yang disediakan pada hari perayaan
tertentu seperti kuih bakul dan kuih bulan
ii. Makanan-makanan jenis berkuah dan bersayur seperti
pelbagai jenis mi, yong tau fu, taucu, kuetiau, bak ku teh, popia, tim sum, dan
sebagainya
(d) Di kalangan masyarakat India
i. Makanan istimewa mereka ialah capati dan roti, nasi
briyani, tose, dan Indiapum
ii. Makanan yang pedas dan banyak menggunakan rempah –
misalnya kari, kurma, muruku, dan “vadei”
Makanan Seimbang
(a) Maksudnya
i. Makanan yang berisi semua khasiat makanan seperti
karbohidrat, protein, lemak, vitamin, garam mineral, bahan pelawas, air, dan
sebagainya dalam kuantiti dan nisbah yang diperlukan oleh badan
ii. Pengambilan makanan seimbang antara individu adalah
berbeza berdasarkan peringkat umur
(b) Kategori dan fungsi asasnya
i. Karbohidrat – membekalkan tenaga yang diperlukan bagi
semua kegiatan badan
ii. Protein – membekalkan bahan bagi proses tumbesaran badan –
pembiakan sel-sel dan tisu-tisu yang rosak serta digunakan juga sebagai sumber
tenaga
iii. Lemak – membekalkan tenaga dan bertindak sebagai penebat
apabila disimpan di dalam tisu-tisu berlemak
iv. Vitamin – mencegah penyakit dan membantu badan berfungsi
dengan teratur dan normal
v. Garam mineral – menyediakan bahan-bahan khas bagi
tumbesaran, membaiki tisu-tisu yang rosak, serta membantu badan berfungsi
dengan teratur dan normal
(c) Mengapakah makanan seimbang diperlukan
i. Agar badan kita senantiasa sihat dan kita dapat berfikir
atau melakukan tugas dengan sempurna
ii. Agar tidak mudah terdedah kepada pelbagai jenis penyakit
iii. Untuk membantu perkembangan sel-sel tubuh, sama ada dari
segi fizikal, mental, mahupun emosi
iv. Faktor utama yang diperlukan dalam usaha melahirkan
generasi yang lebih bertenaga, cerdas, dan kuat
Kebersihan Tempat Menjual Makanan
(a) Isu-isu yang berkaitan
i. Penjual makanan tidak mengutamakan kebersihan tempat
menjual makanan – misalnya, mereka berniaga di kawasan tepi longkang, di tepi
jalan yang berdebu, atau berhampiran dengan kawasan pembuangan sampah sarap
ii. Penjual makanan membuang sampah sarap atau sia-sia
makanan di tempat yang tidak sesuai
iii. Penjual makanan tidak menggunakan peralatan dan pakaian
yang bersih ketika menyediakan makanan
iv. Penjual makanan membiarkan makanan terdedah di atas meja
hingga dihinggapi lalat
(b) Mengapa kebersihan tempat menjual makanan perlu diutamakan?
i. Agar makanan yang dibeli tidak tercemar oleh pelbagai
jenis kuman – makanan yang tercemar menjadi punca keracunan makanan
ii. Agar tidak menimbulkan sangkaan buruk di kalangan
pelancong luar bahawa rakyat Malaysia tidak mementingkan kebersihan
iii. Dapat menarik pelanggan atau pembeli yang lebih banyak
dan kesannya akan menguntungkan penjual
(c) Langkah-langkah untuk memastikan kebersihan tempat menjual makanan
i. Penguatkuasaan undang-undang yang ketat terhadap penjual
makanan yang mengabaikan kebersihan – denda yang tinggi harus dikenakan
terhadap mereka yang bersalah
ii. Menempatkan para penjual makanan di suatu kawasan yang
khusus untuk menjual makanan – jauh dari jalan raya atau kawasan yang kotor
iii. Menjalankan kempen kebersihan dari masa ke masa – dapat menyedarkan
penjual makanan tentang pentingnya kebersihan
iv. Menganjurkan pertandingan gerai atau restoran terbersih
v. Pengguna harus memulaukan penjualan makanan di gerai atau
di restoran yang kotor
Comments
Post a Comment