Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini
Robot merupakan sebuah mesin canggih yang mampu
melakukan kerja-kerja yang dahulunya dibuat oleh manusia dengan kawalan
komputer. Kecanggihan teknologi kini telah memberi peluang robot banyak
digunakan dalam bidang automobil, perubatan, pertanian dan lain-lain. Penggunaanya
banyak di negara-negara maju seperti Jepun, China, Amerika Syarikat dan
lain-lain. Mengikut arus kemajuan teknologi, ramai orang tidak akan meneruskan
kehidupan dengan susah seperti dahulu. Ciptaan robot kini bagai cendawan tumbuh
selepas hujan. Persoalannya, apakah kesan penggunaan robot dalam kehidupan
manusia?
Antaranya, robot dapat membantu manusia
menjalankan kerja yang berisiko tinggi. Sebagai contoh, robot humanoid yang
merupakan peralatan elektronik di rumah dapat membantu tugas suri rumah tangga
untuk melaksanakan kerja seharian seperti membersihkan kipas atau tingkap yang
tinggi. Selain itu, sebahagian peralatan robotik juga diubahsuai khasnya untuk
mengesan bahan-bahan radioaktif atau bahan-bahan kimia yang beracun. Penggunaan
robot dalam kerja seperti atas akan mengurangkan risiko yang dapat kehilangan
nyawa kita. ‘Tak kenal maka tak cinta’. Oleh itu, robot membantu manusia untuk
melakukan kerja yang hambar, kotor dan berbahaya.
Kebaikan yang seterusnya ialah robot dapat
menjalankan tugas yang diberi dengan cekap dan tepat. Hal ini dikatakan
demikian kerana kita hanya memberi arahan kepada sistem robot, sistem itu akan
membuat kerjanya dengan menepati kehendak kita. Bukan itu sahaja, robot tidak
akan bergantung kepada keadaan fizikal dan staminanya tetapi kurang kesilapan
kerana telah diprogramkan. Bergantung kriteria di atas, kita dapat mengetahui
bahawa robot tidak akan cuti dan tidak akan sakit. Oleh itu, robot dapat
meneruskan prosesnya sepanjang 24 jam sehari. Tegasnya, produktiviti sesebuah
syarikat akan meningkat kerana kualiti hasilan dapat dikekalkan dan banyak
dihasilkan.
Selain itu, robot tiada halangan kesatuan sekerja.
Berbeza daripada robot, manusia mempunyai banyak persatuan sekerja yang
sentiasa melindungi dan memelihara hak pekerja. Sebaliknya, robot tidak akan
memberontak terhadap majikan walaupun bekerja tanpa had, tanpa gaji. Robot juga
tidak akan mogok, membantah tindakan dan keputusan majikan. Jika pekerja ialah
manusia, demonstrasi atau mogok secara besar-besaran akan menghalang operasi
harian sesuatu syarikat. Demonstrasi pekerja manusia juga akan menjejaskan
keharmonian masyarakat dan imej negara.
Tidak dapat dinafikan bahawa penggunan robot turut
membawa kesan negatif dalam kehidupan manusia. Robot tidak berfungsi fleksibel
seperti manusia. Hal ini dapat dilihatkan kerana robot tidak mampu melakukan
kerja-kerja selain yang telah diprogramkan pada sistem mereka. Sejiranya majikan
ingin mengemaskinikan program lama kepad program yang baharu, sudah pasti kos
yang tinggi diperlukan. Robot juga tidak berfikir tentang sesuatu yang abstrak
dan kreatif seperti manusia. Justeru, robot tidak sesuai untuk menjalankan
tugas yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, perasaan, dan psikologi
seperti peguam, kaunselor, dan pegawai perhubungan awam.
Penggunaan robot juga menyebabkan manusia tidak
berinisiatif. Manusia yang terlalu bergantung pada robot untuk melakukan
pelbagai kerja akan mengakibatkan manusia menjadi pasif dan berat tulang, tiada
inisiatif untuk berusaha. Di samping itu, robot akan dibeli dan digunakan oleh
banyak pengusaha untuk mengambil alih kerja manusia. Sehubungan dengan itu,
manusia akan kehilangan pekerjaan. Majikan lebih gemar memilih robot kerana
dapat mengurangkan kos buruh. Hal ini akan menyebabkan pengangguran kepada
manusia.
Kesimpulannya, aplikasi robot tiada had. Penciptaannya
dianggap penting kerana fungsinya adalah untuk membantu dan menambahkan
kesejahteraan dan keselesaan manusia. Penggunaan robot memudahkan urusan
seharian manusia dalam pelbagai bidang. Namun demikian, penggunaan robot
haruslah dikawal agar dapat mengelakkan kesan negatif.
Comments
Post a Comment