Puisi Tradisional: Gurindam Beberapa Petua Hidup


Maksud Gurindam
Fikir dan Kata
Rangkap 1:
Setiap individu mestilah berfikir dan menyiasat sesuatu perkara yang berlaku agar mereka tidak menghadapi masalah dalam tindakan mereka.

Rangkap 2:
Setiap individu perlu berfikir secara rasional sebelum bercakap tentang sesuatu perkara supaya tidak menimbulkan salah faham terhadap orang lain.

Rangkap 3:
Seseorang yang mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati orang lain adalah seperti racun yang berbisa.

Rangkap 4:
Setiap individu yang tidak menjaga tutur dan katanya pasti akan menghadapi masalah yang besar.

Silang Sengketa
Rangkap 5:
Seseorang individu yang suka bersengketa dengan orang lain pasti akan bersedih pada masa akan datang.

Rangkap 6:
Kita perlulah mengelakkan perselisihan atau perbalahan. Walau bagaimanapun, jika perselisihan berlaku, kita mestilah menghadapinya dengan sikap terbuka.

Ilmu
Rangkap 7:
Seseorang individu dianggap tidak begitu penting sekiranya dia kurang berpengetahuan.

Rangkap 8:
Jika seseorang individu rajin belajar, pasti dia akan mendapat ilmu pengetahuan.

Dunia Pergaulan
Rangkap 9:
Kehidupan ini merupakan tempat bagi kita untuk bersosial. Oleh itu, kita perlulah memilih rakan yang sesuai.

Rangkap 10:
Sikap dan sifat seseorang individu akan dapat diketahui melalui rakan pergaulannya.

Rangkap 11:
Seseorang individu yang mempunyai sikap dan kelakuan yang sama akan berada dalam kumpulan yang sama.

Sifat-sifat yang Baik
Rangkap 12:
Seseorang individu yang baik hati akan dipandang tinggi oleh masyarakat.

Rangkap 13:
Seseorang individu yang suka menderma akan mudah mengambil hati orang lain.

Rangkap 14:
Seseorang individu yang suka memberi dan tidak kedekut mudah mendapat kawan.

Perbuatan yang Baik
Rangkap 15:
Seseorang individu yang berbakti, namanya pasti akan diingati selama-lamanya.

Rangkap 16:
Kita perlu membantu orang lain, namun begitu kita mestilah membantu diri sendiri terlebih dahulu.

Sifat-sifat yang Jahat
Rangkap 17:
Individu yang berpura-pura baik tidak akan disenangi oleh masyarakat.

Rangkap 18:
Seseorang individu yang melakukan kejahatan akan dibenci oleh Tuhan.

Tema
Nilai-nilai murni yang dapat dijadikan panduan dalam kehidupan.

Persoalan/ Nilai/ Pengajaran
Rasional
Persoalan:
Persoalan rasional dalam membuat sebarang tindakan.
Nilai:
Nilai rasional.
Pengajaran:
Kita hendaklah berfikir secara rasional dalam melakukan sebarang tindakan.
Contoh:
Kita dinasihatkan agar berfikir secara rasional sebelum berkata-kata untuk mengelakkan salah faham dan sengketa sesama manusia.


Kerajinan
Persoalan:
Persoalan kerajinan dalam menuntut ilmu pengetahuan.
Nilai:
Nilai kerajinan.
Pengajaran:
Kita mestilah rajin belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menambahkan pengetahuan.
Contoh:
Kita dinasihatkan agar rajin belajar untuk menambahkan pengetahuan dan kemahiran.

Kebijaksanaan
Persoalan:
Persoalan kebijaksanaan ketika memilih seseorang sahabat.
Nilai:
Nilai kebijaksanaan.
Pengajaran:
Kita hendaklah bijak memilih sahabat di dunia yang penuh dengan cabaran.
Contoh:
Kita dinasihatkan agar sentiasa memilih sahabat yang dapat memimpin kita ke jalan yang lurus di dunia yang penuh dengan cabaran ini.



**Akan dikemas kini**

Comments

Unknown said…
Terima kasih untuk not
Unknown said…
Terima kasih untuk nota
Unknown said…
Trrima kasih owner

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan