Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 44: Pertanian Moden



SKOP
Kebaikan dan Keburukan Pertanian Moden
     (a) Kebaikan
a.     Meningkatkan kualiti hasil pertanian, misalnya dari segi saiznya, rasanya, dan sebagainya
b.    Meningkatkan hasil pertanian hingga dapat memenuhi permintaan negara
c.     Menambah pendapatan petani dan meningkatkan taraf hidup mereka
d.    Menambah pendapatan negara melalui cukai yang dikenakan serta melalui pendapatan eksport
e.     Mengembangkan industri yang berasaskan pertanian dan mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih banyak
f.       Tidak membantutkan usaha-usaha untuk memajukan sektor pertanian – masalah kekurangan tenaga pekerja diatasi dengan cara meningkatkan penggunaan barangan modal
     (b) Keburukan
a.     Peluang pekerjaan semakin kurang – jentera mengambil alih tugas-tugas manusia di ladang
b.    Kesihatan pekerja yang mengendalikan bahan-bahan kimia di ladang terjejas jika perlindungan yang sewajarnya tidak diberikan
c.     Hasil pertanian dapat menjejaskan kesihatan pengguna jika bahan kimia digunakan secara berlebihan tanpa kawalan
d.    Kaedah pertanian moden dapat menjejaskan kualiti alam sekitar
e.     Memerlukan modal yang besar – memungkinkan pengusahanya terpaksa meminjam daripda pihak bank

Penggunaan Teknologi Moden dalam Bidang Pertanian
     (a) Penggunaan teknologi moden menambah hasil pengeluaran, contohnya penggunaan benih-benih yang bermutu tinggi dan baja yang sesuai
     (b) Penggunaan jentera-jentera moden dapat mengatasi masalah      kekurangan tenaga pekerja dan menjimatkan masa di samping menambah penghasilan pertanian
     (c) Penggunaan teknologi moden di negara kita kian meluas – kerajaan memberikan subsidi serta pelbagai jenis bantuan dari segi kepakaran dan pinjaman

Isu Pasaran dan Harga Hasil Pertanian
     (a) Badan-badan seperti BERNAS, FAMA, FELDA, MADA, LPN, dan sebagainya ditubuhkan khas untuk mengurus hal-hal pertanian seperti urusan tanah, jentera, baja, pinjaman wang, pemasaran hasil pertanian, dan lain-lain
     (b) Orang tengah mengambil kesempatan dengan membeli hasil pertanian dengan harga yang rendah daripada harga pasaran
     (c) Peladang kekurangan modal dan terpaksa meminjam wang daripada ceti-ceti yang mengenakan kadar bunga yang tinggi hingga petani tidak berdaya membayar semula pinjaman yang dibuat
     (d) Pasaran eksport hasil pertanian terjejas apabila wujudnya ancaman luar seperti sabotaj daripada penanam-penanam kacang soya di Amerika Syarikat terhadap minyak sawit

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini