Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 47: Hal Ehwal Semasa



SKOP
Perkembangan Politik Tanah Air
     - Kebangkitan politik meningkat kesan daripada pendudukan Jepun yang melaungkan slogan “Asia untuk Orang Asia”
     - Rancangan Malayan Union yang diumumkan oleh Inggeris selepas  Jepun tewas menghangatkan suasana politik tanah air – orang-orang Melayu menentang rancangan tersebut secara kolektif dan terusan
     - Sebagai hasil kesedaran politik orang-orang Melayu di Semenanjung – lahirlah UMNO pada 11 Mei 1946 yang bertujuan menentang rancangan Malayan Union
     - Antara parti-parti orang Melayu yang lain termasuklah Parti Kebangsaan Melayu Malaya atau PKMM (1945), Hizbul Muslimin atau HAMIM (1947), Parti Islam Se-Tanah Melayu atau PAS (1954), Parti Rakyat Malaya (1955), dan Semangat 46 (1987 – telah dibubarkan)
     - Pada 8 Ogos 1946, kaum India menubuhkan MIC
     - Pada 27 Februari 1949, kaum Cina pula menubuhkan MCA – kewujudan parti-parti ini adalah untuk menjaga kepentingan kedua-dua kaum tersebut
     - Di Sarawak, Parti Bersatu Rakyat Sarawak atau (SUPP) ditubuhkan pada 12 Jun 1959 – seterusnya tertubuh pula parti-parti lain, iaitu Parti Negara Sarawak (1960), Parti Kebangsaan Sarawak SNAP (1961), Barisan Jati Anak Sarawak (1961), Parti Pesaka Anak Sarawak (1962), Persatuan Cina Sarawak (1962), Parti Bumiputera Sarawak (1967), Pari Pesaka Bumiputera Bersatu atau PBB (1973), dan Parti Bangsa Dayak Sarawak atau PBDS (1983)
     - Di Sabah pula, Pertubuhan Kadazan Bersatu atau UNKO ditubuhkan pada tahun 1961 – seterusnya tertubuh Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu atau USNO (1961), Parti Cina Sabah, BERJAYA (1975), Parti Bersatu Sabah atau PBS (1985), PRS (1989), dan AKAR (1989)
     - Sejak negara merdeka hingga sekarang, tampuk pemerintahan negara dikuasai oleh parti PERIKATAN (UMNO, MCA, dan MIC) dan Barisan Nasional – tulang belakang kerajaan ialah UMNO
     - Walau bagaimanapun, parti-parti pembangkang berjaya juga      menubuhkan kerajaan-kerajaan negeri, iaitu PAS di Terengganu (pilihan raya 1999) dan di Kelantan (pilihan raya 1990, 1995, dan 1999) serta PBS di Sabah (pilihan raya tahun 1990)

Masalah-masalah Sosial dalam Negara
     - Masalah penagihan dadah yang semakin menjadi-jadi
     - Masalah pembuangan bayi yang semakin berleluasa
     - Masalah budaya lepak di kalangan belia
     - Masalah pergaulan bebas (bohsia dan bohjan) di kalangan remaja
     - Masalah penderaan kanak-kanak
     - Masalah remaja yang lari dari rumah
     - Masalah jenayah yang meningkat, termasuk jenayah kolar biru dan jenayah juvana
     - Masalah perumahan, khususnya rumah kos rendah untuk golongan berpendapatan rendah
     - Masalah kemasukan pendatang asing tampa permit yang berleluasa – mengakibatkan pelbagai masalah sosial

Kemajuan Negara dalam Bidang Ekonomi
     - Sebelum kegawatan 1997, berkembang pesat – berjaya mengekalkan kadar pertumbuhan lapan peratus selama tujuh tahun berturut-turut
     - Pernah muncul sebagai negara pengeksport yang kesembilan belas terbesar di dunia
     - Kadar inflasi berjaya dikawal hingga menjadi dalam lingkungan empat peratus
     - Jumlah pelaburan meningkat dengan banyaknya – termasuk oleh pelabur asing dan pelabur setempat
     - Pelbagai sektor menunjukkan peningkatan yang memberangsangkan termasuk sektor pertanian, pembalakan, perlombongan, perindustrian/ pembuatan, dan pelancongan
     - Penglibatan dalam industri berat membuahkan kejayaan – terbukti dengan kelahiran kereta nasional dan terlibat dalam industri penerbangan
     - Dahulu ekonomi negara bergantung pada sektor pertanian dan perlombongan – kini sektor perindustrian/ pembuatan dan pelancongan merupakan antara penyumbang utama pendapatan negara – kepelbagaian ekonomi negara memungkinkan ekonomi negara pada keseluruhannya kukuh dan stabil

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini