Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 46: Semangat Kebangsaan


SKOP
Usaha-usaha Memupuk Semangat Kebangsaan
     (a) Semangat kebangsaan ialah perasaan cinta kepada negara yang dapat ditunjukkan melalui pelbagai cara
     (b) Dipupuk melalui sistem pendidikan kebangsaan – unsur-unsur patriotisme diterapkan dalam pelbagai mata pelajaran – kegiatan kokurikulum dipergiat untuk menarik minat pelajar dalam usaha memupuk semangat kebangsaan
     (c) Dipupuk melalui penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan yang berfungsi sebagai alat perpaduan
     (d) Media massa, baik media elektronik mahupun media cetak, turut menanam semangat kebangsaan melalui berita dan tulisan atau artikel yang positif
     (e) Dipupuk secara halus melalui lagu-lagu berunsur patriotik yang sering diputarkan atau disiarkan di radio serta di televisyen – menarik minat kanak-kanak.
     (f) Jabatan Perpaduan Negara melalui pelbagai program yang diatur dapat memupuk semangat kebangsaan di kalangan rakyat berbilang bangsa

Pentingnya Semangat Kebangsaan kepada Negara
     (a) Semangat kebangsaan yang menebal di kalangan rakyat memungkinkan dasar kerajaan mendapat sambutan dan usaha-usaha memajukan negara berjalan lancar
     (b) Rakyat akan bekerjasama dan berusaha dengan lebih gigh untuk menyahut seruan memajukan negara
     (c) Rakyat sanggup dan berani mempertahankan kedaulatan negara daripada sebarang ancaman
     (d) Perasaan prasangka dan perbezaan pendapat di antara kaum dapat dikurangkan – mereka akan saling menghormati dan mudah bertolak ansur
     (e) Perasaan kasih kepada negara yang semakin mendalam terbentuk di kalangan rakyat melalui semangat kebangsaan – rakyat tidak akan menggugat keamanan dan kemakmuran negara

Penghayatan Semangat Kebangsaan di Kalangan Masyarakat
     (a) Semakin baik di kalangan pelbagai golongan masyarakat yang berbilang bangsa, baik di bandar mahupun di luar bandar
     (b) Teserlah melalui sokongan yang semakin bertambah terhadap segala usaha ke arah kemajuan negara
     (c) Terpancar melalui sokongan padu yang ditunjukkan kepada pasukan-pasukan negara yang terlibat dalam sesuatu kejohanan
     (d) Terlihat melalui keprihatinan golongan korporat yang menyahut seruan kerajaan supaya bersama membantu warga miskin – contohnya menghulurkan derma dan kepakaran
     (e) Permintaan terhadap barangan keluaran setempat oleh penduduk setempat meningkat – contohnya permintaan yang tinggi terhadap kereta nasional seperti Proton Saga dan Perodua Kancil serta barangan sukan, dan sebagainya – bukti semakin baiknya semangat kebangsaan di kalangan rakyat


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini