Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 67: Bencana Alam



SKOP
Jenis-jenis Bencana Alam
(a) Bencana alam semula jadi
 - Berlaku kesan daripada tindak balas semulla jadi bumi. Contohnya: letusan gunung berapi yang berlaku di Indonesia, Filipina, dan Jepun; ribut taufan yang sering melanda beberapa pulau di Filipina, dan gempa bumi yang berlaku di Indonesia, Los Angeles, Amerika Syarikat

(b) Bencana alam yang bukan semula jadi
 - Berlaku kesan daripada perbutan manusia. Contohnya: tanah runtuh yang berlaku di kawasan lereng bukit, kemarau, dan banjir yang mengakibatkan kematian dan kemusnahan harta benda

Punca-punca Berlakunya Bencana Alam
     - Kesan pergerakan dan gangguan dalam bumi
     - Kegiatan manusia – meneroka hutan secara berleluasa – kepupusan hutan berlaku – menyebabkan bumi kekurangan kawasan tadahan hujan
     - Projek-projek pembangunan yang tidak tersusun dan tidak terancang menyebabkan berlakunya hakisan tanah
     - Aktiviti penggondolan bukit-bakau yang tidak terbatas untuk pembinaan jalan raya dan lebuh raya
     - Sungai, tasik, dan laut ditambak untuk dijadikan kawasan perumahan, perkilangan, dan sebaagainya
     - Lapisan ozon menipis kesan daripada pencemaran – menyebabkan perubahan pada iklim di bumi – bumi menjadi panas
     - Gangguan terhadap sistem ekologi bumi
     - Pembuangan sampah sarap yang tidak bersistem – menyebabkan saluran air tersumbat
     - Pembalasan Tuhan terhadap pelbagai kemungkaran yang dilakukan oleh manusia di bumi ini

Usaha-usaha Menghadapi Bencana Alam
     - Pihak media massa harus menyebarkan maklumat segera tentang kemungkinan berlakunya sesuatu bencana alam – memudahkan penduduk bersiap sedia menghadapi keadaan tersebut
     - Memberikan pengetahuan kepada penduduk tentang cara-cara untuk menghadapi bencana alam – contohnya, menyuruh mereka berpindah ke kawasan yang lebih selamat
     - Pihak berkuasa harus memastikan bahawa kegiatan pembalakan dan penerokaan hutan untuk tujuan pembangunan tidak menimbulkan kesan buruk terhadap alam sekitar – bencana alam seperti banjir dan tanah runtuh dapat dielakkan daripada berlaku
     - Memastikan bahawa bekalan makanan utama seperti beras, tepung, dan sebagainya cukup untuk menampung keperluan penduduk jika sesuatu bencana alam berlaku

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini