Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 51: Persatuan



SKOP
Jenis-jenis dan Peranannya
     (a) Persatuan sosial
                                i. persatuan atau kelab di sekolah serta di pusat-pusat pengajian tinggi, misalnya Persatuan Bulan Sabit Merah, Pergerakan Pengakap, Pergerakan Pandu Puteri, Kelab Kerjaya, Kelab Kaunseling, Persatuan Mahasiswa Universiti, dan sebagainya – berperanan dan menyediakan kegiatan yang berfaedah kepada para pelajar
                               ii. persatuan atau kelab yang ditubuhkan oleh penduduk setempat, misalnya Persatuan Belia, Persatuan Penduduk, Kelab Lion, Kelab Rotari, dan sebagainya – berperanan menjaga kebajikan dan kepentingaan para penduduk
                             iii. persatuan atau kelab kebajikan yang ditubuhkan oleh pekerja-pekerja di sektor awam dan di sekitar swasta – berperanan menjaga kebajikan dan kepentingan para pekerja
       i.             
(b) Persatuan ekonomi
         - beberapa contohnya ialah Persatuan Pengguna, Persatuan Penjaja, Persatuan Penerbit Buku Malaysia, dan sebagainya – berperanan menjaga dan melindungi keentingan anggota-anggota yang diwakilinya

(c) Fungsi dan tanggungjawab persatuan
                                i. memberikan pengetahuan kepada anggota-anggotanya dalam bidang-bidang yang berkaitan
                              ii. merancang kegiatan-kegiatan yang berfaedah untuk anggota-anggotanya – mengelakkan mereka daripada membuang masa dengan sia-sia – bersama memberantas gejala sosial
                            iii. memupuk perasaan muhibah dan hormat-menghormati di kalangan anggotanya
                             iv. membimbing dan melatih anggota-anggotanya agar lebih aktif dan berani memberikan pandangan atau buah fikiran
                              v. memupuk bakat kepemimpinan yang ada di kalangan anggota dan melahirkan pemimpin yang bertanggungjawab
                           vi. melahirkan individu yang sentiasa bersedia untuk berbakti kepada masyarakat
                vii. mendidik individu tentang disiplin agar menjadi anggota masyarakat yang berguna

Sambutan Masyarakat Terhadap Gerakan Persatuan
               - para pelajar, baik di sekolah mahupun di pusat-pusat pengajian tinggi memberikan sambutan yang amat menggalakkan
               - kalangan pekerja pula memberikan sambutan yang baik kepada persatuan yang dapat melindungi kepentingan dan kebajikan mereka
               - di kalangan anggota masyarakat, sambutannya agak sederhana, khususnya terhadap persatuan-persatuan sukarela seperti Persatuan Penduduk – kebanyakannya sibuk dengan urusan sehari-hari
               - ada pula di kalangan anggota-anggota masyarakat yang menganggotai sesuatu persatuan secara tidak ikhlas – mengharapkan ganjaran dan kedudukan, bertujuan meningkatkan imej mereka

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini