Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 66: Isu Label



SKOP
Kepentingan dan Fungsi Penggunaan Label
     - Memperkenalkan jenama sesuatu barangan kepada pengguna
     - Membantu pengguna mengetahui pelbagai maklumat tentang sesuatu barang yang dijual – contohnya, maklumat tentang kandungan barang, harga, berat, kesesuaian penggunaannya, dan sebagainya
     - Melindungi pengguna daripada membeli makanan yang tidak sesuai dengan kesihatan
     - Dapat memastikan bahawa barang yang dibeli sentiasa dalam keadaan baik – dengan meneliti tarikh luput pada label barang itu
     - Melindungi pengguna daripada membeli barangan yang sudah lapuk atau busuk
     - Memudahkan pemasaran barang-barang kerana pengguna-pengguna akan mengetahui pengeluar barangan tersebut
     - Memudahkan pengguna membuat pilihan sebelum membeli sesuatu barangan

Keberkesanan Penggunaan Label
     - Keselamatan pengguna lebih terjamin – contohnya, barang-barang elektrik dicapkan logo SIRIM – untuk menunjukkan bahawa barangan tersebut selamat digunakan
     - Pengguna lebih yakin untuk membeli sesuatu barangan
     - Masalah keracunan makanan dapat dikurangkan
     - Memudahkan perniagaan perkhidmatan layan diri – semua maklumat barangan terdapat pada label
     - Penjual dan pengusaha menjadi lebih bertanggungjawab
     - Panduan kepada pengusaha barang makanan dalam membuat label – tidak wujud lagi aduan tentang penggunaan label yang tidak tepat dan mengelirukan
     - Memudahkan pihak berkuasa bertindak sekiranya berlaku penyelewengan mengenai maklumat pada label

Permasalahan Berkaitan dengan Penggunaan Label pada Hari Ini
     - Penggunaan bahasa Melayu yang salah – menyukarkan pengguna untuk memahami maklumat tentang sesuatu barangan yang sebenarnya
     - Maklumat tentang isi kandungan berbeza daripada isi kandungan barang yang sebenarnya – maklumat pada label memperlihatkan keistimewaan barang tersebut secara berlebih-lebihan – suatu penipuan kepada pengguna
     - Tanda halal yang disertakan masih meragukan umat Islam – dilabelkan tanpa mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa
     - Sikap pengguna yang tidak peka terhadap pentingnya penggunaan label pada sesuatu barang – mislanya, mereka tidak melihat tarikh luput pada label sesuatu barang – sebagai akibatnya berlakulah gejala keracunan makanan

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini