Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 57: Jimat Cermat



SKOP
Tujuan Berjimat Cermat
          - Untuk mengelakkan meningkatnya kadar inflasi, yakni suatu keadaan yang berlaku apabila permintaan terhadap sesuatu barang atau perkhidmatan (kuasa beli yang tinggi) melebihi penawaran barang dan perkhidmatan tersebut
          - Untuk menjamin kehidupan yang sempurna sepanjang masa, lebih-lebih lagi dalam menghadapi masa depan yang belum diketahui keadaanya
          - Untuk mengelakkan diri daripada dibebani hutang
          - Untuk menghadapi keadaan kecemasan seperti keadaan darurat, bencana alam, dan sebagainya
          - Untuk mematuhi ajaran agama
          - Untuk menghindarkan diri daripada ditimpa kemiskinan dan hidup melarat sedangkan dirinya kaya sebelum itu

Cara-cara Menggalakkan Berjimat Cermat
(a) Di kalangan kanak-kanak dan remaja
                                  i. Ibu bapa harus mendidik anak-anak supaya sentiasa berjimat semasa di rumah – misalnya, berjimat menggunakan air dan elektrik
                                ii. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak menabungkan wang yang diperoleh oleh mereka
                              iii. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak menyertai skim simpanan wang di bank-bank yang menyediakan perkhidmatan tersebut – misalnya, skim simpanan di Bank Rakyat, Bank Bumiputera Commerce, dan Maybank
                               iv. Ibu bapa harus menggalakkan anak-anak membawa bekal ke sekolah serta mengehadkan pemberian wang kepada mereka
                                v. Ibu bapa perlu menunjukkan teladan yang baik tentang cara berjimat kepada anak-anak sama ada ketika berada di rumah atau di luar rumah
                              vi. Ibu bapa perlu membantu anak-anak merancang barang-barang atau keperluan yang hendak dibeli oleh mereka

(b) Di kalangan masyarakat umum
                                 i. Melatih diri supaya berbelanja untuk perkara-perkara yang perlu saja
                               ii. Menetapkan jumlah tertentu daripada pendapatan bulanan sebagai simpanan bulanan
                              iii. Tidak terpengaruh oleh iklan-iklan yang menggalakkan seseorang itu berbelanja – misalnya iklan jualan murah di pasar raya dan sebagainya
                              iv. Senantiasa prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh golongan miskin – dapat menimbulkan kesedaran tentang pentingnya berjimat dalam kehidupan
                               v. Pihak berkuasa harus memperbanyak dan menggiatkan kempen berjimat cermat dalam kehidupan seharian – kempen “Jimatkan Penggunaan Air” dan “Jimatkan Elektrik” melalui media massa misalnya, patut dijalankan selalu

Faedah-faedah Mengamalkan Berjimat Cermat
          - Dapat melatih diri agar tidak boros berbelanja atau menggunakan sesuatu
          - Dapat memberikan kesedaran kepada kanak-kanak tentang susah payah ibu bapa memperoleh wang untuk berbelanja
          - Dapat mengurangkan kadar inflasi negara
          - Dapat menjauhkan diri daripada amalan berhutang
          - Dapat membantu orang-orang yang dalam kesusahan dan memerlukan bantuan
          - Dapat merancang masa depan sendiri tanpa perlu menyusahkan orang lain
          - Dari segi penjimatan masa – lebih banyak kerja yang dapat dilakukan jika masa digunakan sebaik-baiknya

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini