Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 43: Pertanian Tradisional



SKOP
Kebaikan dan Keburukan Pertanian Tradisional
     (a) Kebaikan
a.     Tidak memerlukan kos dan modal yang besar
b.    Tidak memerlukan penjagaan yang rapi
c.     Hasil pertaniannya tidak dicemari bahan kimia yang dapat menjejaskan kesihatan
d.    Dapat menghasilkan pelbagai hasil pertanian, misalnya pisang, ubi kayu, ubi keladi, keledek, dan sebagainya – sesuai dengan kemahuan dan keperluan pengusahanya
e.     Mewujudkan suasana mesra di kalangan mereka yang mengusahakannya
f.       Dapat mengekalkan tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun
     (b) Keburukan
a.     Tidak memberikan hasil yang banyak dan hasilnya kurang bermutu, misalnya dari segi saiz, rasa, dan sebagainya
b.    Tidak dapat dijadikan sumber pendapatan tambahan – jika adapun tidaklah lumayan
c.     Mudah terdedah pada pelbagai jenis penyakit dan serangan makhluk perosak
d.    Kerja-kerja yang dilakukan memakan masa yang lama kerana menggunakan peralatan tradisional
e.     Mewujudkan petani yang kurang kreatif dan yang sukar menerima perubahan untuk kemajuan
f.       Memberikan kesan negatif kepada kualiti alam sekitar (merujuk kepada pertanian pindah)

Mengapa Pertanian Tradisional Masih Diamalkan
     (a) Mudah dikerjakan tanpa memerlukan usaha yang banyak
     (b) Keadaan fizikal di sesuatu tempat menggalakkan pertanian tradisional
     (c) Diusahakan secara sambilan oleh sesetengah individu
     (d) Kekurangan wang dan modal
     (e) Kurang pembantu untuk mengusahakan pertanian secara intensif
     (f) Kurang kemudahan seperti kemudahan pengairan untuk mengusahakan corak pertanian lain
     (g) Berfikiran kolot dan sukar menerima kaedah-kaedah pertanian moden yang disarankan
     (h) Berbangga dengan cara hidup yang diamalkan sejak turun-temurun

Kesesuaian Pertanian Tradisional pada Zaman Moden Ini
     (a) Sesuai hanya jika dijalankan secara sambilan untuk mengisi masa lapang
     (b) Sesuai untuk memenuhi keperluan sendiri bagi menjimatkan perbelanjaan harian
     (c) Sesuai jika usaha tersebut dapat menghasilkan pendapatan sampingan
     (d) Tidak sesuai dijalankan jika mengakibatkan kemusnahan alam sekitar
     (e) Kurang sesuai dijadikan sebagai sumber utama pendapatan kerana tidak memberikan pulangan yang lumayan dan tidak dapat membaiki taraf hidup pengusahanya




Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini