Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 53: Muzik



SKOP
Dunia Muzik Hari Ini
(a) Muzik tradisional
                               i. kurang diminati ileh golongan muda – dipersembahkan dalam majlis yang tertentu dan dalam pertunjukan-pertunjukan budaya
                             ii. yang terlibat dalam persembahan muzik tradisional pun kebanyakannya orang-orang tua – golongan muda amat kurang melibatkan diri
                            iii. contoh muzik tradisional – dondang sayang, ghazal, keroncong, boria, dikir barat, dan sebagainya
                             iv. harus dipopularkan dengan penglibatan golongan muda agar tidak lenyap begitu saja

(b) Muzik semasa
                               i. contoh muzik semasa – rap, jaz, rock, technoethnica, pop, dangdut, pop rock, R&B, blues, dan pelbagai lagi
                             ii. muzik semasa digemari oleh semua golongan, terutamanya golongan remaja, belia, dan kanak-kanak
                           iii. saban hari ada saja bakat-bakat baru yang diketengahkan dalam dunia muzik setempat sama ada secara solo atau secara berkumpulan – menyampaikan lagu-lagu yang pelbagai iramanya
                           iv. lagu-lagu daripada penyanyi-penyanyi setempat mula mendapat tempat di luar negeri, misalnya di Indonesia dan di Jepun – menunjukkan bahawa hasil daripada pemuzik setempat sudah meningkat mutunya
                            v. pelbagai percubaan dilakukan oleh para pemuzik kita untuk mencari dimensi-dimensi baru dalam kreativiti muzik – terhasilnua irama Nusantara seperti lagu-lagu yang digubah oleh Manan Ngah, Ramli Sarip, dan M. Nasir
                         vi. pelbagai konsert dan persembahan muzik diadakan – mendapat sambutan yang hebat daripada para peminat

Kerjaya di Bidang Muzik
             - bidang muzik menawarkan pelbagai kerjaya yang menarik – sebagai penyanyi, pemuzik pelbagai alat muzik, penggubah lagu, penulis lirik, penerbit album, pengadun bunyi, dan sebagainya
             - selain itu, mereka yang berminat dalam bidang muzik dan mempunyai kelayakan serta pengalaman yang cukup dapat menjadi pensyarah muzik yang berwibawa
             - bidang muzik dapat dijadikan suatu perniagaan – membuka syarikat rakaman atau membuka akademi-akademi muzik
             - bidang ini berupaya memberikan perolehan yang tinggi kepada sesiapa saja yang benar-benar berminat – namun demikian dedikasi, komitmen, dan kegigihan amat diperlukan dalam usaha mengejar kejayaan di bidang muzik

Kebaikan dan Keburukan Muzik
(a) Kebaikan
                               i. memberikan hiburan dan menenangkan fikiran
                             ii. menceriakan atau memeriahkan suasana majlis, upacara, dan sebagainya
                           iii. menonjolkan bakat seni yang ada pada seseorang
                            iv. memperkaya khazanah seni muzik negara
                             v. menyumbangkan pendapatan kepada individu dan negara
                          vi. mempererat hubungan antara individu dan antara negara

(b) Keburukan
                              i. melalaikan – terutamanya kepada kepada golongan kanak-kanak, remaja, dan belia – masa lebih banyak dihabiskan dengan muzik
                            ii. mendorong pergaulan bebas, misalnya semasa konsert-konsert muzik diadakan – memungkinkan berlakunya pelbagai perkara yang tidak sihat
                          iii. “muzik liar” membawa kesan yang tidak sihat, misalnya dari segi perlakuan dan cara berpakaian yang kurang sopan – dilakukan oleh pemuzik dan diikuti oleh peminat

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini