Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini


        Robot merupakan sebuah mesin canggih yang mampu melakukan kerja-kerja yang dahulunya dibuat oleh manusia dengan kawalan komputer. Kecanggihan teknologi kini telah memberi peluang robot banyak digunakan dalam bidang automobil, perubatan, pertanian dan lain-lain. Penggunaanya banyak di negara-negara maju seperti Jepun, China, Amerika Syarikat dan lain-lain. Mengikut arus kemajuan teknologi, ramai orang tidak akan meneruskan kehidupan dengan susah seperti dahulu. Ciptaan robot kini bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Persoalannya, apakah kesan penggunaan robot dalam kehidupan manusia?

        Antaranya, robot dapat membantu manusia menjalankan kerja yang berisiko tinggi. Sebagai contoh, robot humanoid yang merupakan peralatan elektronik di rumah dapat membantu tugas suri rumah tangga untuk melaksanakan kerja seharian seperti membersihkan kipas atau tingkap yang tinggi. Selain itu, sebahagian peralatan robotik juga diubahsuai khasnya untuk mengesan bahan-bahan radioaktif atau bahan-bahan kimia yang beracun. Penggunaan robot dalam kerja seperti atas akan mengurangkan risiko yang dapat kehilangan nyawa kita. ‘Tak kenal maka tak cinta’. Oleh itu, robot membantu manusia untuk melakukan kerja yang hambar, kotor dan berbahaya.

        Kebaikan yang seterusnya ialah robot dapat menjalankan tugas yang diberi dengan cekap dan tepat. Hal ini dikatakan demikian kerana kita hanya memberi arahan kepada sistem robot, sistem itu akan membuat kerjanya dengan menepati kehendak kita. Bukan itu sahaja, robot tidak akan bergantung kepada keadaan fizikal dan staminanya tetapi kurang kesilapan kerana telah diprogramkan. Bergantung kriteria di atas, kita dapat mengetahui bahawa robot tidak akan cuti dan tidak akan sakit. Oleh itu, robot dapat meneruskan prosesnya sepanjang 24 jam sehari. Tegasnya, produktiviti sesebuah syarikat akan meningkat kerana kualiti hasilan dapat dikekalkan dan banyak dihasilkan.

        Selain itu, robot tiada halangan kesatuan sekerja. Berbeza daripada robot, manusia mempunyai banyak persatuan sekerja yang sentiasa melindungi dan memelihara hak pekerja. Sebaliknya, robot tidak akan memberontak terhadap majikan walaupun bekerja tanpa had, tanpa gaji. Robot juga tidak akan mogok, membantah tindakan dan keputusan majikan. Jika pekerja ialah manusia, demonstrasi atau mogok secara besar-besaran akan menghalang operasi harian sesuatu syarikat. Demonstrasi pekerja manusia juga akan menjejaskan keharmonian masyarakat dan imej negara.

        Tidak dapat dinafikan bahawa penggunan robot turut membawa kesan negatif dalam kehidupan manusia. Robot tidak berfungsi fleksibel seperti manusia. Hal ini dapat dilihatkan kerana robot tidak mampu melakukan kerja-kerja selain yang telah diprogramkan pada sistem mereka. Sejiranya majikan ingin mengemaskinikan program lama kepad program yang baharu, sudah pasti kos yang tinggi diperlukan. Robot juga tidak berfikir tentang sesuatu yang abstrak dan kreatif seperti manusia. Justeru, robot tidak sesuai untuk menjalankan tugas yang berkaitan dengan hubungan sesama manusia, perasaan, dan psikologi seperti peguam, kaunselor, dan pegawai perhubungan awam.

        Penggunaan robot juga menyebabkan manusia tidak berinisiatif. Manusia yang terlalu bergantung pada robot untuk melakukan pelbagai kerja akan mengakibatkan manusia menjadi pasif dan berat tulang, tiada inisiatif untuk berusaha. Di samping itu, robot akan dibeli dan digunakan oleh banyak pengusaha untuk mengambil alih kerja manusia. Sehubungan dengan itu, manusia akan kehilangan pekerjaan. Majikan lebih gemar memilih robot kerana dapat mengurangkan kos buruh. Hal ini akan menyebabkan pengangguran kepada manusia.

        Kesimpulannya, aplikasi robot tiada had. Penciptaannya dianggap penting kerana fungsinya adalah untuk membantu dan menambahkan kesejahteraan dan keselesaan manusia. Penggunaan robot memudahkan urusan seharian manusia dalam pelbagai bidang. Namun demikian, penggunaan robot haruslah dikawal agar dapat mengelakkan kesan negatif.

Comments

Unknown said…
nice and its very helpful

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar