Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 69: Kemudahan Awam



SKOP
Jenis-Jenis Kemudahan Awam di Malaysia
(a) Definisinya
       - sesuatu yang disediakan oleh kerajaan atau pihak-pihak lain untuk kemudahan orang ramai tanpa memberikan keistimewaan kepada sesuatu golongan saja

(b) Jenis-jenisnya
                           i.  Taman bunga atau taman rekreasi – untuk orang ramai beristirahat atua beriadah
                         ii. Pondok telefon – terdapat di serata tempat, khususnya di tempat yang menjadi tumpuan orang ramai seperti di tepi jalan raya, di kawasan perumahan, di pusat beli-belah, dan sebagainya
                       iii.  Pondok untuk menunggu bas – disediakan dengan banyaknya oleh pihak kerajaan, pihak swasta, atau individu tertentu
                        iv.  Tandas awam – terdapat di kawasan perumahan, di taman rekreasi, di tempat persinggahan (di lebuh raya) dan sebagainya
                          v.  Jeti untuk menunggu bot atau feri – dibina di tepi sungai atau di tepi laut
                       vi.  Pondok kecil yang didirikan di taman-taman rekreasi dan sebagainya bagi memudahkan orang ramai berehat untuk menghilangkan penat atau berteduh daripada hujan dan panas
              vii.  Tempat beribadat didirikan di kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai – misalnya, surau yang didirikan di Hentian Pudu Raya memudahkan orang-orang Islam menunaikan solat
             viii.  Tong-tong sampah yang disediakan di kawasan taman rekreasi, pejabat-pejabat kerajaan, dan sebagainya – menggalakkan masyarakat mementingkan kebersihan
                       ix.  Lampu yang dipasang di sepanjang jalan utama, khusus di bandar atau di kawasan perumahan – memberikan keselesaan dan keselamatan kepada masyarakat
     x. Jejantas untuk memudahkan orang ramai menyeberang jalan

Sikap dan Tanggungjawab Masyarakat terhadap Kemudahan Awam
     -         Menjaga dan menggunakan kemudahan awam dengan sebaik-baiknya – yakni tidak merosakkannya atau menggunakannya mengikut keperluan saja
     -         Menjaga kebersihan kemudahan awam seperti menjaga kebersihan harta benda sendiri – misalnya, membuang sampah sarap di tempat yang disediakan
     -         Sentiasa memastikan bahawa kemudahan awam yang didirikan itu dapat berfungsi dengan baik, yakni tidak membahayakan sesiapa saja yang menggunakannya
     -         Melaporkan masalah yang dihadapi berikutan penggunaan kemudahan awam kepada pihak-pihak yang berkenaan – misalnya hal tentang kerosakan, kecurian, dan sebagainya

Permasalahan Berkaitan dengan Kemudahan Awam
     -         Di sesetengah tempat, kemudahan awam tidak disediakan atau jika disediakan kemudahan tersebut tidak cukup
     -         Wujudnya golongan yang tidak bertanggungjawab terhadap kemudahan awam – misalnya, mereka merosakkan telefon atau perhentian bas, menconteng dinding tandas awam, dan mencuri peralatan tertentu yang disediakan di taman
     -         Sesetengah pengguna tidak menggunakan kemudahan awam yang disediakan kerana kononnya kemudahan tersebut tidak praktikal, misalnya banyak yang tidak menggunakan jejantas – hal ini menimbulkan pembaziran dan merugikan
     -         Pembinaan kemudahan awam yang tidak berkualiti dan mudah rosak – hal ini mungkin berpunca daripada penyelewengan wang yang diperuntukkan untuk tujuan pembinaan tersebut – menimbulkan bahaya
     -         Setengah-setengah anggota masyarakat menjadikan kemudahan awam yang tertentu sebagai harta peribadi – misalnya, kemudahan telefon awam yang disediakan di kawasan rumah orang kampung kadang-kadang sukar digunakan oleh orang lain

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini