Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 68: Seni Pertahanan Diri



SKOP
Jenis-jenis Seni Pertahanan Diri
(a) Definisinya
           -  merupakan kemahiran atau kepandaian dalam hal mempertahankan diri dan menjaga diri daripada serangan musuh

(b) Jenis-jenisnya
                           i.  Terdapat pelbagai jenis seni pertahanan diri yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum
                         ii.  Orang Melayu terkenal dengan pelbagai jenis silat seperti silat cekak, silat gayung, silat pulut, dan sebagainya
                       iii.  Orang Cina terkenal dengan wusyu, tai chi, taekwando, karate, dan judo
                        iv.  Orang India terkenal dengan kalaripayat dan silambam

Perkembangan Seni Pertahanan Diri
     -  pada zaman dahulu, seni pertahanan diri seperti silat, perlu dipelajari oleh setiap orang untuk mempertahankan diri – dipelajari di rumah silat guru
     -  kini, seni pertahanan diri telah dijadikan acara sukan, sama ada di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa, misalnya acara silat olahraga, taekwando, karate, wusyu, dan judo
     -  kegiatan seni pertahanan diri mula diajarkan di peringkat sekolah dan di pusat-pusat pengajian tinggi – sebagai sebahagian daripada kegiatan kokurikulum
     -  semua jenis seni pertahanan diri telah diikuti oleh semua bangsa dan tidak terhad atau khusus kepada sesuatu bangsa sahaja – contohnya, karate yang tidak hanya dipelajari oleh masyarakat Jepun tetapi dipelajari juga oleh kaum-kaum lain di dunia
     -  seni pertahanan diri kini telah dijadikan salah satu sumber komersial – misalnya, seni pertahanan diri telah difilemkan atau dijadikan drama bersiri, misalnya siri “Pendekar” dan “Mahaguru”
     -  seni pertahanan diri mendapat sambutan yang menggalakkan, khususnya di kalangan remaja – buktinya, terdapat banyak tempat yang menganjurkan kursus yang berkaitan dengan mengenakan bayaran yang tertentu
     -  sejak pelancaran Tahun Melawat Malaysia, seni pertahanan diri dipersembahkan untuk tontonan pelancong

Kebaikan dan Keburukan Seni Pertahanan Diri
(a) Kebaikan
                           i.  Dapat menyihatkan badan dan meningkatkan kecergasan – suatu senaman yang baik
                         ii.  Dari segi mental – dapat mendisiplinkan diri supaya patuh pada arahan dan peraturan yang ditetapkan – dapat mewujudkan pemikiran yang positif dalam diri seseorang
                       iii.  Keunikan dan kepelbagaian seni pertahanan diri dapat menjadi daya tarikan pelancong ke negara ini
                        iv.  Dapat dijadikan salah satu kegiatan untuk mengisi masa lapang pelajar atau belia – menghindarkan diri daripada terjebak dalam gejala antisosial
                          v.  Menjadikan seseorang itu memiliki daya berfikir yang lebih cekap dan pantas kerana pengamal seni pertahanan diri memerlukan kepantasan berfikir ketika bertindak
                       vi.  Dapat mempertahankan diri apabila diserang musuh
             vii.  Dapat membantu orang yang dianiaya – secara tidak langsung dapat berbakti kepada orang lain dan mewujudkan persahabatan
            viii.  Menjadikan seseorang itu tidak lalai dalam setiap gerak langkahnya

(b) Keburukan
                           i.  Jika seni pertahanan diri tidak dimanfaatkan dengan baik, kesan buruk akan berlaku pada diri sendiri dan orang lain
                         ii.  Dapat menjadikan seseorang itu terlalu bangga akan diri sendiri – sifat suka menunjuk-nunjuk akan wujud
                       iii.  Memungkinkan berlakunya kecederaan sekiranya tersilap langkah dalam latihan – kerana pengamal seni pertahanan diri perlu tangkas pergerakannya
                        iv.  Memungkinkan wujudnya pihak yang mementingkan diri sendiri dan menindas pihak lain kerana beranggapan bahawa dirinya gagah – misalnya, terdapat guru-guru seni pertahanan diri yang mengambil kesempatan dengan memperalat anak buahnya untuk kepentingan sendiri
                          v.  Memungkinkan berlakunya pergaduhan apabila seseorang yang menganggap dirinya kuat mencuba menjadikan orang lain sebagai mangsanya
                        vi.  Tidak mudah dipelajari – memerlukan masa yang lama di samping ketahanan mental yang tinggi

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini