Kerjasama Masyarakat dan Pihak Kerajaan untuk Melindungi Sungai Kita

Kerjasama Masyarakat dan Pihak Kerajaan untuk Melindungi Sungai Kita

Oleh: Edwin Tan


        Isu-isu pencemaran sering berlaku dan berita tentang pelbagai pencemaran dapat sering dilihat atau didengar melalui media massa. Isu pencemaran sangat penting dan dikaitkan dengan rapat seperti dakwat dan kertas terhadap kehidupan manusia. Terdapat banyak kes pencemaran yang serius boleh dilihat dan menjadi ajaran yang berlaku di Pasir Gudang, Johor, di negara kita. Masalah pencemaran Sungai Kim Kim yang serius telah mengancam keselamatan dan kesihatan orang yang tinggal di kawasan itu. Masalah ini telah mendedahkan kelemahan penguatkuasaan undang-undang terhadap pencemar.


        Langkah-langkah masyarakat dan pihak kerajaan untuk melindungi sungai kita termasuklah masyarakat tidak membuang sampah sesuka hati ke dalam sungai. Masyarakat kini sangat akan membuang sampah di tepian sungai atau ke dalam sungai kerana sikap mementingkan diri. Hal ini dikatakan demikian kerana sampah sarap yang dibuang oleh masyarakat ke dalam sungai akan menyebabkan sungai menjadi keruh. Sungai yang kotor akan memusnahkan habitat yang hidup dalam air. Dengan itu, masyarakat haruslah sentiasa membuang sampah ke tong sampah agar memudahkan pekerja pembuang sampah mengambil ke kawasan pembuangan sampah. Oleh itu, masyarakat tidak harus membuang sampah ke dalam sungai agar kejernihan sungai terjamin.


        Sebagai seorang anggota masyarakat yang prihatin terhadap alam sekitar, kita dapat melaporkan kes atau orang yang membuat pencemaran air sungai kepada pihak yang berkenaan. Sebagai contoh, sekiranya kita melihat seseorang individu yang sedang membuang sampah ke dalam air sungai, kita haruslah melaporkan kejadian itu kepada Jabatan Alam Sekitar agar pencemaran sungai dapat diselesaikan dengan segera. Selain itu, kita juga dapat membuat laporan polis terhadap kejadian orang atau kes pencemaran itu kerana hal ini telah melanggar undang-undang negara. “Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna”, kita haruslah sentiasa mengambil berat terhadap isu pencemaran alam sekitar dan mengambil tindakan yang kita dapat lakukan sebelum “nasi sudah menjadi bubur”.


        Dari perspektif yang lain, masyarakat haruslah menyertai aktiviti pembersihan sungai. Masyarakat hendaklah bergiat menyertai aktiviti gotong royong di tepi sungai kerana selaku seorang warganegara yang cintai alam sekitar. Dengan itu, masyarakat dapat menjalankan tanggungjawab mereka dan menerapkan kesedaran tentang memelihara alam sekitar terutamanya sungai. Masyarakat yang rajin melindungi sungai kita hanya dapat alam sekitar yang indah dan menarik. Tuntasnya, masyarakat seharusnya selalu menyertai aktiviti membersihkan sungai kita agar masalah pencemaran sungai dapat ditangani.


        Demi mengelakkan masalah pencemaran yang semakin menjadi serius, pihak berkuasa haruslah mengambil tindakan dengan secepat mungkin terhadap pencemar. “Sudah terhantuik baru tengadah”, sekiranya pencemar ditahan oleh pihak berkuasa tidak akan mengulang kesilapannya kerana pencemar akan menghadapi undang-undang negara. Selain itu, pihak berkuasa haruslah menguatkuasakan undang-undang dan menahan pencemar hingga akar umbinya. Tamsilnya, pihak berkuasa dapat sentiasa membuat rondaan di kawasan sungai atau kawasan sungai atau kawasan perindustrian, dan membuat pemeriksaan kilang agar memastikan proses perkilangan tidak akan mencemar alam sekitar. Pihak berkenaan juga dapat memeriksa kualiti air sungai agar sumber air dipastikan dapat diguna dengan selamat.


        Kerajaan seharusnya memperketatkan undang-undang yang sedia ada dan menambah hukuman denda supaya rakyat tidak akan melanggar undang-undang negara. Pihak berkuasa haruslah sentiasa membuat pemeriksaan terhadap alam sekitar seperti kualiti air, kualiti udara, dan lain-lain agar menjalankan tanggungjawab yang diberikan dengan amanah. Pihak berkuasa juga hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing dengan persatuan-persatuan yang ditubuh oleh masyarakat agar menyelesaikan masalah pencemaran alam sekitar terutamanya pencemaran sungai yang sering berlaku. Persatuan-persatuan dapat memberikan cadangan atau nasihat supaya sediakan payung sebelum hujan kerana hal ini dapat menyelesaikan masalah pencemaran air sungai dengan masa yang lebih singkat.


        Kesimpulannya, masalah pencemaran air sungai yang serius dapat ditangani dengan kerjasama antara masyarakat dan pihak kerajaan. Sebagai orang warganegara yang tanggungjawab, kita dapat memberi nasihat kepada pencemar agar hentikan tindakannya. Selain itu, kita dapat melaporkan kejadian kepada pihak berkenaan. Seterusnya, kita dapat menerapkan kesedaran tentang isu pencemaran melalui pendidikan. Pihak berkuasa juga haruslah mengambil tindakan terhadap pencemar. Undang-undang pula diperketat agar rakyat tidak membuat kesilapan. “Tepukan satu tangan tidak akan berbunyi”, pihak kerajaan dan masyarakat perlu bekerjasama supaya keharmonian alam sekitar dari keseimbangan ekosistem dapat terjamin.

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Kebaikan dan Keburukan tentang Robot Kini