Posts

Showing posts from July, 2019

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 40: Khazanah Bumi/ Hutan

SKOP Jenis-Jenis Hutan      (a)   Hutan khaltulistiwa/ hutan hujan tropika a.      Terdapat di kawasan tanah pamah yang tingginya kurang daripada 1000 meter b.     Hutannya malar hijau c.      Pohon-pohonnya tumbuh rapat-rapat dan terbahagi kepada tiga lapisan tumbuhan, yakni:                                                              i.       Lapisan atas; pohon-pohonnya besar, berbatang lurus, berbanir, dan tumbuh sehingga 50 meter tinggi                                                           ii.       Lapisan tengah; pohon-pohonnya tumbuh antara 15m hingga 45m tinggi manakala daun-daunnya membentuk kanopi                                                        iii.       Lapisan bawah; tumbuhannya jarang dan terdiri daripada tumbuhan yang menjalar seperti rotan dan tumbuhan yang hidup menumpang seperti pandan, orkid, paku pakis, kulat, cendawan, dan sebagainya      (b)   Hutan paya a.      Terbahagi kepada tiga jenis, iaitu hutan paya bakau, hutan paya air

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 39: Nilai-nilai Murni

SKOP Usaha Memupuk Nilai-nilai Murni      (a) Di peringkat sekolah, usahanya kian teratur dan terancang – sistem pendidikan negara kini mengutamakan nilai-nilai murni dengan mengubah kurikulum dalam KBSR dan KBSM      (b)  16 nilai murni diperkenalkan di sekolah melalui pengajaran dan pembelajaran di alam persekolahan – nilai-nilai murni tersebut ialah baik hati, berdikari, berhemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, kebebasan, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, kesyukuran, rasional, dan semangat bermasyarakat      (c)   Di peringkat umum, kerajaan menganggap serius terhadap pemupukan nilai-nilai murni – melancarkan kempen “Masyarakat Penyayang” untuk membangkitkan kesedaran masyarakat      (d)   Agensi-agensi kerajaan dan sektor swasta, termasuk pihak media, turut berperanan – menganjurkan kegiatan seperti bergotong royong membersihkan kawasan kediaman, menganjurkan majlis keramaian seperti Hari Keluar

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 38: Kebudayaan

SKOP Kebudayaan Pelbagai Kaum di Malaysia      (a)   Kebudayaan termasuk dalam erti peradaban yang meliputi segala kebiasaan atau adat resam, tradisi, nilai, kehalusan, budi atau tata susila, perkembangan ilmu pengetahuan, dan kesinian yang dipengaruhi serta mempengaruhi kehidupan manusia      (b)   Kebudayaan kaum Melayu a.      Berbahasa Melayu dan beragama Islam b.     Kebanyakannya mendiami kawasan luar bandar dan banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian – kini mulai berubah dengan berhijrah ke bandar dan terlibat dalam kegiatan perniagaan, perdagangan, perindustrian, perbankan, dan sebagainya c.      Hari-hari perayaannya ada hubungannya dengan agama Islam seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, dan sebagainya d.     Antara beberapa tariannya ialah tarian inang, zapin, ronggeng, dan sebagainya      (c)   Kebudayaan kaum Cina a.      Berbahasa Tionghua yang terdiri daripada beberapa loghat seperti Kanton, Hakka, Hokkien, Teochew, dan sebagainya

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 37: Kokurikulum

SKOP Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum      (a)   Berpakaian seragam – contohnya Pergerakan Pandu Puteri, Pergerakan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan sebagainya      (b)   Kelab – contohnya Kelab Muzik, Kelab Fotografi, Kelab Catur, dan sebagainya      (c)   Persatuan – contohnya Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Geografi, Persatuan Sejarah, dan sebagainya      (d)   Sukan – contohnya badminton, hoki, bola jaring, bola sepak, bola keranjang, dan sebagainya Kebaikan dan Faedah Menyertai Kokurikulum      (a)   Mengelakkan pelajar daripada menghabiskan masa dengan sia-sia di kompleks beli-belah, di pusat permainan video, di panggung wayang, dan lain-lain      (b)   Mengelakkan diri daripada tercebur dalam gejala yang dapat merosakkan akhlak      (c)   Mewujudkan semangat kerjasama, sikap saling membantu, dan semangat perpaduan di kalangan pelajar      (d)   Menyemai, memupuk, dan menanam semangat kekitaan antara pelajar yang ber

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 36: Isu Pendidikan

SKOP Perkembangan Pendidikan di Malaysia      (a)   Sebelum merdeka a.      Tidak mempunyai satu dasar pendidikan yang umum bagi semua kaum kerana British berpegang pada dasar pecah dan perintah b.     Pihak swasta dan pertubuhan mubaligh memberikan sumbangan terhadap pendidikan c.      Terdapat lima sistem persekolahan                                                              i.       Sistem persekolahan Melayu – dikendalikan oleh kerajaan British                                                           ii.       Sistem persekolahan Inggeris – dikendalikan oleh kerajaan British dan pertubuhan mubaligh Kristian                                                        iii.       Sistem persekolahan Cina – dikendalikan oleh masyarakat Cina                                                         iv.       Sistem persekolahan Tamil – dikendalikan oleh masyarakat India                                                            v.       Sistem persekolahan pondok – dik