Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 37: Kokurikulum


SKOP
Jenis-jenis Aktiviti Kokurikulum
     (a) Berpakaian seragam – contohnya Pergerakan Pandu Puteri, Pergerakan Pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah, dan sebagainya
     (b) Kelab – contohnya Kelab Muzik, Kelab Fotografi, Kelab Catur, dan sebagainya
     (c) Persatuan – contohnya Persatuan Bahasa Melayu, Persatuan Bahasa Inggeris, Persatuan Geografi, Persatuan Sejarah, dan sebagainya
     (d) Sukan – contohnya badminton, hoki, bola jaring, bola sepak, bola keranjang, dan sebagainya

Kebaikan dan Faedah Menyertai Kokurikulum
     (a) Mengelakkan pelajar daripada menghabiskan masa dengan sia-sia di kompleks beli-belah, di pusat permainan video, di panggung wayang, dan lain-lain
     (b) Mengelakkan diri daripada tercebur dalam gejala yang dapat merosakkan akhlak
     (c) Mewujudkan semangat kerjasama, sikap saling membantu, dan semangat perpaduan di kalangan pelajar
     (d) Menyemai, memupuk, dan menanam semangat kekitaan antara pelajar yang berlainan keturunan dan yang berlatarbelakangkan cara hidup yang berbeza
     (e) Memupuk dan menyemai sikap berdisiplin
     (f) Menambah pengetahuan pelajar
     (g) Memupuk semangat kesukanan dan sikap berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan
     (h) Mencungkil bakat-bakat baru dan membentuk ciri-ciri kepemimpinan
     (i) Menjalin hubungan mesra di antara guru dengan pelajar
     (j) Melatih pelajar supaya lebih cekal dan tabah untuk menghadapi pelbagai cabaran dalam kehidupan

Penglibatan Pelajar dalam Aktiviti Kokurikulum
     (a) Sambutan pelajar masih kurang membanggakan – masih banyak yang tidak mengendahkannya dan sebaliknya gemar “melepak” serta melakukan perkara lain yang tidak berfaedah
     (b) Sesetengah pelajar terlalu menitikberatkan kegiatan kokurikulum hinggi pelajarannya terabai
     (c) Terdapat pelajar yang bijak membahagikan masa untuk kegiatan kokurikulum dan masa pelajarannya – memperoleh kejayaan dalam bidang kokurikulum dan akademik
     (d) Terdapat pelajar yang aktif dan berjaya dalam bidang kokurikulum di sekolah serta terus menjadikan bidang tersebut sebagai kariernya – contohnya Rashid Sidek, Shalin Zulklfli, K.N. Lai, Ong Beng Hee, dan lain-lain


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan