Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 36: Isu Pendidikan


SKOP
Perkembangan Pendidikan di Malaysia
     (a) Sebelum merdeka
a.     Tidak mempunyai satu dasar pendidikan yang umum bagi semua kaum kerana British berpegang pada dasar pecah dan perintah
b.    Pihak swasta dan pertubuhan mubaligh memberikan sumbangan terhadap pendidikan
c.     Terdapat lima sistem persekolahan
                                                             i.      Sistem persekolahan Melayu – dikendalikan oleh kerajaan British
                                                          ii.      Sistem persekolahan Inggeris – dikendalikan oleh kerajaan British dan pertubuhan mubaligh Kristian
                                                       iii.      Sistem persekolahan Cina – dikendalikan oleh masyarakat Cina
                                                        iv.      Sistem persekolahan Tamil – dikendalikan oleh masyarakat India
                                                           v.      Sistem persekolahan pondok – dikendalikan oleh para ulama
     (b) Selepas merdeka
a.     Terbentuknya satu sistem Pendidikan Kebangsaan – pendidikan dianggap sebagai alat untuk mencapai perpaduan dan semua kaum diberi peluang pendidikan yang seimbang
                                                             i.      Laporan Razak 1956
1.    Dasar Pelajaran Kebangsaan – bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar – bertujuan menyatukan murid-murid dari semua kaum menerusi suatu sistem pendidikan yang sama
2.    Kementerian Pendidikan – bertanggungjawab terhadap kawalan dan pentadbiran pendidikan
3.    Sukatan Pelajaran – digunakan sukatan yang sama di semua sekolah
4.    Perkhidmatan Perguruan – para guru diberi latihan yang sama di Maktab Perguruan
                                                          ii.      Penyata Rahman Talib 1960
1.    Satu jawatankuasa untuk menyemak semula dasar pendidikan kebangsaan
2.    Membuat syor-syor dengan tujuan memperbaiki pelaksanaan pendidikan
3.    Pendidikan peringkat rendah diberikan kepada semua murid dan terbahagi kepada sekolah berpengantar bahasa Melayu (Sekolah Rendah Kebangsaan) dan sekolah berpengantar bukan bahasa Melayu (Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan)
4.    Pendidikan peringkat menengah – sekolah bantuan penuh kerajaan dan sekolah persendirian
                                                       iii.      Pelaksanaan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1983
1.    Menegaskan kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira)
2.    Menggantikan peperiksaan Penilaian Darjah Lima dengan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
                                                        iv.      Pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) 1989
1.    Digubal berasaskan Falsafah Pendidikan Negara, iaitu mengusahakan pembinaan insan yang seimbang dan harmonis
2.    Menegaskan kesepaduan unsur rohani/ emosi/ jasmani/ intelek
3.    Menyediakan pendidikan umum tanpa pengkhususan
4.    Menggantikan SRP dengan PMR

Masalah Pendidikan di Malaysia
     (a) Masalah rumitnya proses mentadbirkan dan merancang pendidikan sebagai kesan perkembangan pesat pendidikan – pendidikan adalah suatu proses yang berkembang dan dipengaruhi oleh unsur-unsur luar – apabila timbul teknik-teknik pengajaran yang baru maka guru harus diberi pendedahan dan latihan
     (b) Masalah disiplin di kalangan pelajar – mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah
     (c) Masalah memperseimbangkan pendidikan yang bercorak vokasional dan teknikal dengan pendidikan yang bercorak akademik
     (d) Masalah pendidikan yang terlalu berorientasikan peperiksaan – seharusnya membekalkan ilmu pengetahuan yang secukupnya dan melengkapkan individu, sesuai dengan alam pekerjaan
     (e) Masalah kekurangan pendidik yang berwibawa, khususnya di institusi pengajian tinggi sehingga memaksa pengambilan pensyarah dari luar negeri
     (f) Masalah kekurangan institusi pengajian tinggi untuk menampung permintaan pelajar yang kian meningkat – menyebabkan banyak pelajar yang ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran
     (g) Masalah kekurangan buku-buku ilmiah dalam bahasa Melayu, khasnya pada peringkat pengajian tinggi
     (h) Masalah kewangan untuk menanggung perbelanjaan penggunaan teknologi pendidikan di sekolah dan di institusi pengajian tinggi

Pentingnya Pendidikan
     (a) Mewujudkan perpaduan kaum dan menghapuskan polarisasi kaum – semua aktiviti pengajaran dan pembelajaran, termasuk aktiviti kokurikulum menekankan unsur-unsur perpaduan dan mengikis prasangka perkauman yang dapat menyebabkan perpecahan
     (b) Menyemai perasaan cinta akan negara melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran, aktiviti kokurikulum, dan budaya sekolah
     (c) Membentuk manusia yang berdisiplin dan beradab sopan melalui penerapan nilai-nilai yang murni dan mulia – menghindarkan diri daripada gejala negatif
     (d) Memungkinkan lahirnya insan dan masyarakat yang berilmu pengetahuan, bertanggungjawab, dan berkebolehan untuk mencapai kebahagiaan diri sendiri serta memberikan sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran negara
     (e) Menyumbang kepada perkembangan ekonomi negara – semakin banyak yang mendapat pendidikan, kemahiran dan produktiviti


Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan