Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 38: Kebudayaan


SKOP
Kebudayaan Pelbagai Kaum di Malaysia
     (a) Kebudayaan termasuk dalam erti peradaban yang meliputi segala kebiasaan atau adat resam, tradisi, nilai, kehalusan, budi atau tata susila, perkembangan ilmu pengetahuan, dan kesinian yang dipengaruhi serta mempengaruhi kehidupan manusia
     (b) Kebudayaan kaum Melayu
a.     Berbahasa Melayu dan beragama Islam
b.    Kebanyakannya mendiami kawasan luar bandar dan banyak melibatkan diri dalam kegiatan pertanian – kini mulai berubah dengan berhijrah ke bandar dan terlibat dalam kegiatan perniagaan, perdagangan, perindustrian, perbankan, dan sebagainya
c.     Hari-hari perayaannya ada hubungannya dengan agama Islam seperti Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, dan sebagainya
d.    Antara beberapa tariannya ialah tarian inang, zapin, ronggeng, dan sebagainya
     (c) Kebudayaan kaum Cina
a.     Berbahasa Tionghua yang terdiri daripada beberapa loghat seperti Kanton, Hakka, Hokkien, Teochew, dan sebagainya
b.    Mempercayai ajaran Kung-fu-tze (Confucius) dan Lao-tse dan ada yang menganut agama Buddha serta Kristian
c.     Kebanyakannya mendiami kawasan bandar dan banyak terlibat dalam kegiatan perniagaan, perdagangan, perindustrian, perbankan, dan sebagainya
d.    Antara hari perayaannya ialah Tahun Baru Cina, Ceng Beng, perayaan Kuih Bulan, perayaan Tanglung, dan sebagainya
e.     Antara beberapa tariannya ialah tarian singa, tarian naga, dan sebagainya
     (d) Kebudayaan kaum India
a.     Berbahasa Tamil dan ada juga yang berbahasa Malayalam dan Telegu
b.    Kebanyakannya beragama Hindu tetapi ada juga yang beragama Kristian dan Islam
c.     Antara hari perayaannya ialah Deepavali, Thaipusam, dan sebagainya
d.    Banyak terlibat dalam kerja-kerja perladangan, perniagaan, perundangan, dan sebagainya

Konsep Kebudayaan Kebangsaan
     (a) Kebudayaan mempunyai kemungkinan untuk berubah corak menurut sesuatu kebiasaan yang mempengaruhi corak kebudayaan itu
     (b) Perubahan corak kebudayaan ini dapat dirancang dan berlaku perlahan-lahan menurut kemahuan seluruh anggota masyarakat tanpa dipaksa-paksakan
     (c) Kebudayaan kebangsaan berlaku apabila proses asimilasi secara pengaruh-mempengaruhi terjadi di antara kebudayaan-kebudayaan yang berlainan di negara ini
     (d) Proses asimilasi ini boleh berlaku dalam kesenian, pergaulan hidup, dan sebagainya
     (e) Dasar Pelajaran Kebangsaan menjadi batu asas untuk tapak dan tempat tegaknya kebudayaan kebangsaan
     (f) Bahasa Melayu pula menjadi teras pada pertumbuhan kebudayaan kebangsaan – segala unsur dalam pelbagai kebudayaan yang berbeza-beza dapat berpadu dalam kebudayaan kebangsaan melalui bahasa kebangsaan, yakni bahasa Melayu
     (g) Sesuatu yang diterima sebagai kebudayaan kebangsaan mestilah tidak bercanggah dengan ajaran Islam

Pengaruh Luar dalam Kebudayaan
     (a) Secara jelas dipengaruhi oleh agama dan kepercayaan Hindu, agama Islam, dan pengaruh Barat
     (b) Pengaruh penjajah seperti Portugis, Belanda, dan Inggeris serta kaum-kaum pendatang turut dapat dikesan
     (c) Pengaruh agama Hindu dan kemudiannya pengaruh agama Islam ternyata sekali dalam pelbagai amalan dan pantang larang, adat istiadat, bidang kebahasaan dan kesusasteraan, dan sebagainya
     (d) Bahasa yang digunakan telah berkembang pesat dengan kemasukan kata-kata asing sejajar dengan perkembangan ilmu, sains, dan teknologi
     (e) Cara berpakaian yang tradisi diubahsuaikan; begitu juga cara berpakaian sehari-hari yang dipengaruhi oleh pelbagai fesyen semasa
     (f) Corak pergaulan semakin bebas, antara kaum dengan kaum yang lain, antara lelaki dengan wanita
     (g) Aspek hiburan turut mengalami perubahan kerana dipengaruhi pelbagai unsur luar – alat-alat untuk persembahan muzik dan nyanyian ditambahkan, tarian-tarian diubahsuaikan, dan sebagainya



Comments

Jambang said…
This comment has been removed by the author.

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan