Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 32: Amalan Membaca



SKOP
Sikap Membaca di Kalangan Masyarakat Malaysia
     (a) Sikap membaca
a.     Tidak menggalakkan – amat membimbangkan
b.    Secara purata setiap rakyat Malaysia membaca satu halaman buku setiap tahun (sumber: Dewan Masyarakat, Julai 1992)
c.     Tahap pembacaan masyarakat negara ini masih rendah, khususnya terhadap bahan bacaan dalam bahasa Melayu
d.    Yang merunsingkan kini bukanlah semata-mata kurangnya minat membaca buku dalam bahasa Melayu tetapi yang nyata ialah kurangnya tabiat membaca di kalangan masyarakat yang dikatakan terpelajar
e.     Banyak pelajar yang membaca kerana peperiksaan – tabiat membaca tidak diteruskan selepas tamat pengajian    
     (b) Beberapa sebab utama kurangnya minat membaca
a.     Belum wujud tradisi membaca di kalangan masyarakat untuk dijadikan ikutan – tidak ada contoh atau suasana “membaca” untuk merangsang minat individu, baik dalam keluarganya, mahupun dalam masyarakat
b.    Media elektronik mengalih minat dan tabiat mengisi masa lapang di kalangan masyarakat – lebih banyak yang gemar menonton daripada yang gemar membaca
c.     Sikap ambil mudah terhadap pembacaan – tidak mahu membebankan fikiran dan menumpukan perhatian yang padu terhadap sesuatu yang dibaca
d.    Lain-lain – tidak ada galakan daripaada ibu bapa – sistem pendidikan yang mengongkong, bahan bacaan berat dan sukar difahami, kurangnya tempat untuk bacaan, dan harga buku yang mahal

Usaha Memupuk Minat Membaca di Kalangan Masyarakat
     (a) Peranan ibu bapa
a.     Perilu menggalakkan anak-anak membaca
b.    Perlu menunjukkan contoh – amalkan tabiat gemar membaca
c.     Menyediakan kemudahan untuk anak-anak membaca – menyediakan ruang bacaan di rumah – membelikan anak-anak buku atau majalah yang bermutu – membawa anak-anak ke pameran buku
d.    Berbincang dengan anak-anak tentang buku yang dibaca
e.     Memaksa anak-anak membaca sehingga tradisi membaca menjadi suatu hobi
     (b) Peranan guru/ sekolah
a.     Menyediakan bahan bacaan yang sesuai di perpustakaan
b.    Menyediakan program, kegiatan, kempen untuk menggalakkan pelajar meminjam dan membaca buku
c.     Menganjurkan Hari Buku sekali atau dua kali setahun
d.    Menganjurkan pertandingan yang berkaitan dan memberikan insentif
e.     Bersikap kreatif supaya pelajar merasakan bahawa membaca itu menyeronokkan, memuaskan, dan bermanfaat
     (c) Peranan kerajaan dan swasta
a.     Perlu menggiatkan kempen – menggalakkan pesta buku, pameran buku, ekspo buku
b.    Perlu membanyakkan perpustakaan – perpustakaan bergerak
c.     Pihak perpustakaan harus menggiatkan peranan mereka – menggalakkan pembacaan
d.    Perlu mengurangkan cukai import terhadap bahan bacaan yang bermutu yang diterbitkan di luar negeri – harga buku ini perlu dikurangkan
e.     Perlu mewajibkan kakitangan kerajaan dan swasta membaca khususnya untuk penilaian prestasi tahunan dengan berasaskan piawaian yang dicadangkan
f.       Memberikan subsidi bahan bacaan kepada pelajar daripada keluarga yang kurang berkemampuan
g.     Perlu menggalakkan penerbitan buku-buku bermutu oleh syarikat penerbitan

Faedah Membaca
      -         Membaca jambatan ilmu – pelbagai ilmu pengetahuan dapat diperoleh dengan mengamalkan tabiat membaca – memperkaya khazanah ilmu
      -         Meningkatkan daya fikir seseorang – dapat mengenal sesuatu yang tidak difahami atau tidak diketahui
      -         Memajukan diri dan meningkatkan kemahiran atau kepakaran dalam sesuatu bidang yang diceburi
      -         Dapat dijadikan tabiat untuk mengisi masa lapang dengan cara yang berfaedah
      -         Dapat memperoleh keseronokan, hiburan, kepuasan, dan ilmu pengetahuan
      -         Dapat menyampaikan ilmu yang dibaca/ pengetahuan yang diperoleh daripada bahan bacaan kepada orang lain
      -         Cara atau kaedah untuk menenangkan fikiran dan mengurangkan bebanan terhadap fikiran

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan