Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 35: Sains dan Teknologi

SKOP
Kemajuan dan Perkembangannya
     (a) Sejarah
a.     Kaedah sains untuk memudahkan kehidupan sudah digunakan orang sejak baratus-ratus tahun dahulu
b.    Aristotles – ahli falsafah Greek memelajari pelbagai bidang sains, khususnya tentang struktur dan kehidupan haiwan dan tumbuh-tumbuhan
                                                             i.      Memudahkan kerja yang sukar dilakukan oleh manusia 0 penciptaan pelbagai alat berkomputer
                                                          ii.      Menjadikan hidup manusia lebih menyeronokkan – penciptaan pelbagai alat hiburan
                                                       iii.      Meningkatkan produktiviti dalam bidang pertanian, perindustrian, perdagangan, pelajaran – meningkatkan taraf hidup dan ekonomi
                                                        iv.      Memajukan pemikiran dan daya fikir manusia – memungkinkan manusia menjelajah ke angkasa lepas dan mengenali alam ini dengan lebih jelas
                                                           v.      Memungkinkan manusia membaiki kerosakan-kerosakan yang berlaku terhadap alam sekitar
c.     Archimedes – memperkenalkan takal dan tuas untuk memudahkan kerja-kerja mengangkat benda yang berat
d.    Orang-orang Mesir menggunakan alas guling untuk menggerakkan bongkah-bongkah batu semasa pembinaan Piramid
e.     Penciptaan/ penemuan sains bermula sekitar abad ke-16
                                                             i.      Galileo mencipta jam bandul yang pertama
                                                          ii.      Samuel Finlay mencipta telegraf
                                                       iii.      John Logie Baird mencipta televisyen
                                                        iv.      Wilbur dan Orville Wright mencipta kapal terbang
                                                           v.      Gottlieb Daimler, Karl Benz, dan Henry Ford mencipta kereta

     (b) Sains dan teknologi masa kini
a.     Revolusi kemajuan sains dan teknologi bermula pada abad ke-20
b.    Perkembangannya pesat – pelbagai penyelidikan dijalankan dan pelbagai penemuan diperoleh
c.     Merangkum pelbagai bidang – perubatan, kejuruteraan, teknologi makanan, ketenteraan, pengangkutan, perhubungan, nuklear, penjelajahan ke angkasa lepas, teknologi komputer
d.    Beribu-ribu pakar sains menjalankan penyelidikan dan beratus-ratus juta ringgit digunakan untuk memajukan sains dan teknologi – menjadi suatu industri yang sangat penting

Ciptaan-ciptaan Baru
     (a) Ketenteraan
a.     Senjata nuklear, laser, dan teknik peperangan angkasa lepas
     (b) Perhubungan
a.     Telefon bergambar, telefon selular, mesin faksimile
     (c) Pengangkutan
a.     Kereta tenaga solar, kereta tenaga elektrik (LRT, komuter)
     (d) Mesin dan jentera
a.     Mesin berkawalan komputer, mesin pengumpulan data dan maklumat berkomputer, mesin sinaran laser, optik gentian kaca
     (e) Hiburan
a.     Alat permainan video, cakera laser, cakera padat

Kesan daripada Kemajuan Sains dan Teknologi
     (a) Kesan positif
a.     Kemajuan dalam bidang perubatan dapat menjamin kesihatan manusia – perubatan moden memungkinkan banyak nyawa yang dapat diselamatkan daripada penderitaan sebagai akibat pelbagai penyakit – pelbagai penyakit dapat didiagnosis, dirawat, dan diubati
b.    Memudahkan sesuatu kerja dilaksanakan serta dapat menjimatkan masa
     (b) Kesan negatif
a.     Kemajuannya yang pesat mengurangkan keperluan tenaga manusia – mewujudkan pengangguran
b.    Penciptaan senjata nuklear menggalakkan peperangan – manusia semakin kejam – memusnahkan pembangunan/ tamadun, membunuh berjuta-juta nyawa – merosakkan lapisan ozon
c.     Manusia semakin malas – kurang menggunakan tenaga – malas memanjat tangga kerana adanya lif/ eskalator – gemar bermalas-malas dengan mendengar radio, televisyen – leka bermain video – jarang-jarang kunjung-mengunjung kerana adanya telefon – malas berfikir kerana adanya mesin kira
d.    Memusnahan alam sekitar dan lapisan ozon – penciptaan alat yang menggunakan klorofluorokarbon (CFC) seperti peti sejuk, penyembur aerosol, pendingin hawa, dan polistirena menipiskan lapisan ozon
                e. Menggalakkan pembangunan yang pesat dan berleluasa hingga merosakkan alam sekitar

Comments

Popular posts from this blog

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 9: Industri Pelancongan

Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS) Tajuk 65: Alam Sekitar

Usaha-Usaha Memajukan Industri Kraf Tangan